Analysis

Ulasan Pakar: Pelaporan Syarikat dan Pasaran Global

Musim pelaporan tiba sekali lagi


Para pakar Olymp Trade akan menunjukkan kepada anda bagaimana keadaan telah berubah sepanjang minggu ini dan menjelaskan mengapa ‘bulls’ sangat kuat. Adakah pusingan-U akan berlaku? Nampaknya, ya, tetapi tidak begitu awal, tetapi harga melonjak, dan pembetulan sedang matang.

 

Kenaikan saham positif sepanjang bulan lalu

  • Nike  8.58%. Ini bermaksud dengan $100 dan pengganda X20, anda boleh menghasilkan $ 171.60.
  • Morgan Stanley  8.66%. Ini bermaksud dengan $100 dan pengganda X20, anda boleh menghasilkan $173.20.
  • Tesla  10.86%. Ini bermaksud dengan $100 dan pengganda X20, anda boleh menghasilkan $217.20.

 

Pasaran saham

Sepanjang dua minggu yang lalu dari 19.07 hingga 30.07, indeks saham Amerika meningkat dan memperbaharui rekod tertinggi. Dow Jones melebihi 35,000 mata sekali lagi, NASDAQ 100 melebihi 15,000 mata dan S&P menjangkau 4,400 mata.

Semasa minggu pertama bulan Ogos, kebanyakan indeks Amerika tidak banyak berubah. Dow Jones dan S&P 500 adalah stabil. Dow sedang cbua kekal melebihi 35,000 dan S&P pula sedikit melebihi 4,400 mata. Untuk NASDAQ 100 – ‘bulls’ cuba menyerang sekali lagi – indeks ini memperbaharui ketinggian tertinggi (15,180).

 

Laporan pendapatan

19.07 laporan diserahkan oleh IBM. Hasil suku kedua syarikat ini ialah $18.75 bilion, dan pendapatan setiap syer adalah $2.33. Dengan latar belakang ini, saham IBM melonjak ke tahap $143 setiap syer, tetapi berikutan itu, harga menutup jurang yang terhasil.


Pada 20.07, Netflix mengeluarkan laporan. Hasil sebenar hampir selari dengan nilai ramalan iiatu $7.34 bilion. Pendapatan setiap syer jatuh kepada $2.79. Harga sekuriti tidak bertindak balas terhadap laporan yang diterbitkan – trend kekal menurun.


Pada hari Rabu, 21.07, tiga syarikat besar,  Johnson & Johnson, Coca-Cola dan Novartis, mengeluarkan laporan sekaligus. Hasil J&J meningkat kepada $23.32 bilion, hasil Coca-Cola menunjukkan peningkatan – $10.1 bilion dalam suku kedua, Novartis melaporkan hasil iaitu hampir 13 bilion berbanding 12.5 bilion yang diramalkan.


Pada hari Khamis 22.07, laporan dipersembahkan oleh Intel dan Twitter. Intel melaporkan hasil sebanyak $18.53 bilion – kurang daripada suku tahun terakhir ($18.57 bilion), tetapi hakikat ini melebihi nilai ramalan. Manakala, ia tidak membantu ‘bulls’ – pada 23.07 semasa pembukaan hari Jumaat, saham menjunam ke bawah $55. Penurunan berterusan sehingga minggu berikutnya. Twitter juga mengeluarkan laporan yang positif. Hasil sebenar melebihi jangkaan ahli ekonomi pada $1.19 bilion – saham bertindak balas dengan pertumbuhan.


26.07 laporan kewangan Tesla diterbitkan pada hari Isnin. Hasil dan EPS melebihi jangkaan. Hasil syarikat adalah $11.96 bilion dan EPS ialah $1.45.


27.07 Laporan diserahkan oleh beberapa syarikat besar: Apple, Microsoft, Google, Visa, AMD, Starbucks, dan 3M Company. Semua syarikat ini melaporkan pertumbuhan hasil mereka. Laporan paling mengagumkan ialah Apple yang mana Hasilnya melebihi jangkaan sebanyak 11% berjumlah $81.43 bilion.

 

Prestasi kewangan Twitter agak tidak menentu. Hasil dan pendapatan bersih telah meningkat sepanjang tahun lalu, tetapi pada tahun 2019 syarikat memperoleh kurang daripada tahun 2018 – hanya $ 260 bilion. Gandaan perbandingan utama juga jauh lebih tinggi daripada dalam industri. P / E sebanyak 33.43 (Industri 23.58) P / S adalah 7.64 berbanding 0.85 dalam industri; P / B pada tahap yang terlalu tinggi pada 35.94 dengan purata 4.19.

 

Pasaran Komoditi

Dana Kewangan Antarabangsa menaikkan ramalan untuk harga minyak purata 2021 kepada $ 64.7 satu tong dan 2022 kepada $ 63 satu tong. Sementara itu, penganalisis menyatakan peningkatan aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat. Menurut data dari Baker Hughes, jumlah rig telah meningkat menjadi 488 unit.

Trend pasaran masih meningkat. Minyak mentah Brent pada 19.07 memantul daripada garisan trend dan terus meningkat. Halangan utama untuk kenaikan ialah tanda $77.8 setiap tong. Malangnya – ‘bulls’ tidak berjaya. Harga memantul kembali kepada tahap $76 dan jatuh ke garisan trend sekali lagi. Sekarang kita melihat percubaan kedua untuk harga menaik. Kami rasa ini peluang yang baik untuk menyertai trend utama dan membuka dagangan naik.

Kesimpulan

Musim pelaporan menyokong pasaran saham. Saham meningkat dan indeks cuba mencapai ketinggian baru. Sementara itu, jangan lupa bahawa pertumbuhan seperti itu tidak lagi mempunyai justifikasi, memandangkan harga perbandingan kepada gandaan pendapatan syarikat tertentu. Harga terlalu tinggi, jadi berbaloi untuk bersedia menghadapi pembetulan tidak lama lagi.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 06.11.2020

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang lalu, Bank of England telah mengekalkan kadar faedah bank dan menyatakan pelan bank itu untuk menyokong ekonomi.