Analysis

Ulasan Pakar: Adakah Emas Pelaburan Terbaik Sekarang?

Analitis Pertengahan Tempoh oleh Pakar di Olymp Trade


Ekonomi China semakin perlahan, Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan, dan varian Delta coronavirus semakin menular. Apa yang sedang berlaku dalam pasaran emas selepas kemerosotan harga baru-baru ini, dan mengapa ia pulih dengan cepat? Juruanalisis Olymp Trade menunjukkan bagaimana ini mempengaruhi komoditi, bursa asing dan pasaran mata wang kripto.

 

Trend Mingguan

  • NZD/JPY    −2.26%. Membuka dagangan turun dengan $100 dan pengganda X200 boleh menghasilkan $452.
  • EUR/NZD  +1.60%. Membuka dagangan naik dengan $100 dan pengganda X200 boleh menghasilkan $320.
  • EUR/AUD  +1.25%. Anda boleh menghasilkan $250 dengan membuka dagangan naik dengan $100 dan pengganda X200.

 

Pasaran Komoditi

Emas terus meningkat, kembali kepada $1,800 setiap troy ounce selepas kemerosotan baru-baru ini kepada $1,680. Sebab utama untuk pengukuhan harga logam ini ialah penurunan hasil bon kerajaan AS dan kebimbangan tentang penyebaran coronavirus Delta yang mungkin menjejaskan pemulihan ekonomi global.

Pada pertengahan minggu, sokongan tempatan untuk harga disediakan oleh data mengenai inflasi di AS. CPI asas meningkat 4.3% dari Julai tahun lalu setelah meningkat 4.5% pada bulan Jun. Penurunan inflasi telah memberi tekanan kepada dolar, mengurangkan kemungkinan pengetatan dasar monetari yang bakal berlaku. Berikutan dolar, hasil bon Perbendaharaan 10 tahun terus menurun, mencapai 1.32%.

Kekhuatiran sedang meningkat tentang lonjakan baru Covid-19 disebabkan varian Delta, yang mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi. Sebilangan juruanalisis percaya bahawa kerajaan tertentu bertindak balas secara berlebihan kepada kes Covid-19, menguatkan lagi kebimbangan tentang kelembapan ekonomi yang berulang. Semua ini menguatkan aset pertahanan, terutamanya emas.

Secara umum, kita boleh katakan bahawa kejatuhan harga emas tidak mempengaruhi data asas dengan cara apa pun. Logam berhargai ni masih berpeluang kembali ke nilai rekod iaitu melebihi $ 2,000 setiap ounce pada hujung tahun 2021.


Harga minyak mentah Brent terus jatuh dan diperdagangkan berhampiran tahap sokongan kuat pada $ 66.5 satu tong. Tekanan pada sebut harga adalah peningkatan kes jangkitan dengan varian delta coronavirus di seluruh dunia. China adalah pengguna hidrokarbon yang penting di dunia. Para pelabur takut bahawa gelombang sekatan baru dapat mengurangkan permintaan bahan bakar.

Di China, wabak baru berlaku serentak dengan keadaan cuaca yang melampau. Akibatnya, pertumbuhan ekonomi negara merosot dengan serius. Pertumbuhan pengeluaran industri merosot dari 8.3% pada bulan Jun kepada 6.4% pada bulan Julai. Jualan runcit meningkat 8.5% berbanding ramalan pertumbuhan 11.5%. Pertumbuhan pelaburan perlahan daripada 12.6% kepada 10.3%.

Kemerosotan keadaan epidemiologi di China boleh mengakibatkan penurunan penggunaan minyak global lebih dari 3%. Sekiranya trend berterusan, pasaran minyak akan menghadapi tempoh penjualan yang perlahan.

 

Pasaran Mata Wang

Taliban dengan cepat mengambil alih kuasa di Afghanistan dan mencetuskan ketegangan geopolitik. Wabak baru strain delta Covid-19. Kemungkinan penurunan ekonomi China, ekonomi kedua terbesar di dunia. Faktor-faktor ini memaksa para pelabur untuk beralih ke aset ‘safe-haven’ pertama bon kerajaan AS, dan sekarang yen Jepun.

USD/JPY bergerak dalam trend sisi ke sisi selepas menembusi garisan trend naik pada bulan Januari. Sokongan tempatan ialah pada tahap 109.0, dan rintangan terletak pada 110.5. Jika keadaan geopolitik tidak menjadi lebih baik, pengembalian boleh dijangka kepada hujung lebih tinggi julat itu.

Bagi US dollar, tarikh penting seterusnya ialah 26 Ogos, apabila persidangan Jackson Hole akan diadakan. Jerome Powell dijangka untuk menjelaskan bagaimana dan bila Feds akan mula memotong pembelian bon. Menurut Presiden Bank Rizab Boston, sasaran inflasi telah pun dipenuhi. Oleh itu, jika laporan pekerjaan September dilaporkan kuat seperti laporan sebelumnya, maka program pengurangan kuantitatif untuk $120 bilion setiap bulan mungkin selesai menjelang pertengahan tahun 2022.


British pound menghadapi tekanan sepanjang minggu ini. Di pertengahan minggu lalu, pound secara tiba-tiba menerima tekanan disebabkan kebimbangan tentang Brexit. Ireland mula mengimport barangan ke EU, dengan memintas UK. GBP/USD menuju ke arah sokongan pada 1.3600.

 

Pasaran Mata Wang Kripto

Bitcoin terus meningkat, menghampiri tahap $50,000. Pada masa ini, aset tertumpu pada kawasan ​​$46,000-48,000 setiap coin. Juruanalisis Glassnode percaya bahawa satu lagi kesan FOMO bakal berlaku, yang akan menguatkan lagi trend semasa. Ini adalah berdasarkan hakikat bahawa pelombong terus mengumpul simpanan, mengejar bursa kripto, aliran keluar sederhana dan keuntungan bersih yang belum direalisasikan kekal dalam rangkaian.

Pelabur institusi juga sedang mengukuhkan kedudukan mereka. Empat syarikat pengurusan aset AS telah meningkatkan pelaburan dalam dana bitcoin Grayscale, dan mengumumkan pembelian 69,000 saham dana tersebut.


Sementara itu, Bank Pusat China terus memberi tekanan kepada syarikat berkaitan kripto. People’s Bank of China di Shenzhen telah mula menyiasat aktiviti-aktiviti organisasi yang disyaki melakukan transaksi haram dengan aset digital. Pihak pengawal “segera membetulkan dan melaraskan” kegiatan 11 syarikat.


Mata wang kripto meme Dogecoin terus meningkat di tengah-tengah tweet daripada Mark Cuban dan Elon Musk. Pertumbuhannya melebihi 45% dalam seminggu. Mark Cuban, pemilik pasukan bola keranjang Dallas Mavericks, mengumumkan diskaun untuk merchandise kelab bagi mereka yang membayar dengan Dogecoin. Beliau juga memanggil Dogecoin “mata wang kripto paling kuat sebagai medium pertukaran,” Elon Musk berkata “sudah lama dia mengatakan itu.”

 

Kesimpulan

Emas telah pulih hampir sepenuhnya daripada kemerosotan terakhir, semakin kuat sebagai aset pertahanan. Para pelabur sekali lagi memberi perhatian kepada aset ‘safe-haven’ disebabkan keadaan geopolitik dan epidemiologi global yang tegang, oleh itu mata wang seperti JPY dan CHF akan banyak berubah berbanding biasa.

 

 

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 21.10–25.10.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 22.07.2020

Setiausaha Agung RRC Xi Jinping, sebagai sebahagian dalam ucapannya semalam, memuji ekonomi negara dan berjanji untuk menerapkan insentif pertumbuhan.
Analysis

Berita, Trend & Analitik 01.08.2019

Kesinambungan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China membuahkan hasil pertama. Beijing masih merancang untuk membeli lebih banyak produk pertanian daripada...