Platform berita

Tab “Lagi” Telah Dialih Keluar

Ketahui Susun Atur Baharu Untuk Menu


Sebelum ini, tab Lagi adalah koleksi menu yang kami rasa tidak bersesuaian dengan tab lain. Jadi, kami telah membuat keputusan untuk memasukkannya dalam satu tab tambahan yang membolehkan kami menjimatkan ruang pada panel tab, dan mengemas tab lain-lain yang tidak serasi.

Langkah ini membawa kepada cabaran lain: ada kalanya pengguna kami berasa keliru tentang bagaimana untuk mencari alat dan tetapan tertentu. Jadi kami membuat keputusan untuk membetulkannya, dengan mengeluarkan tab itu sekaligus dan memindahkan menu dari sana ke tempat yang lebih sesuai. Kita lihat beberapa perubahan ini.

 

Perubahan di Olymp Trade Web

Dalam versi Web, anda akan melihat perubahan berikut:

  • Story dan Tetapan dipindahkan ke tab Profil. Di sini, anda boleh mengesahkan akaun anda, menukar kata laluan, dan memasang 2FA untuk keselamatan tambahan;

  • Menu Status juga dipindahkan ke Profil, dan anda boleh menjumpainya di bawah Cara Pedagang (Trader’s Way) → menu Info;

  • Tab Deposit akan dinamakan sebagai Bayaran;
  • Di sana, anda akan menjumpai menu Transaksi, Tawaran Istimewa, dan Pemindahan. Dalam Bayaran, anda juga akan menjumpai menu Deposit dan Pengeluaran, yang sebelum ini diakses melalui Akaun;

  • Tawaran Istimewa, seperti yang anda mungkin tahu, membolehkan anda menggunakan bonus daripada kod promo dan acara istimewa. Terdapat pelbagai cara untuk mengakses bonus kami selain mencarinya dalam Bayaran. Anda juga boleh mengaksesnya melalui Akaun.

  • Anda juga boleh menjumpai Deposit dan Pengeluaran dalam tab Akaun anda;

  • Aset, Pusat Bantuan, dan Insights boleh dijumpai dalam tab Bantuan.

Seperti yang anda boleh lihat, versi Web mempunyai beberapa perubahan dengan kemas kini ini. Sekarang, kita lihat versi mudah alih dengan lebih dekat.

 

Perubahan dalam Olymp Trade Mudah Alih

Pada masa ini, hanya versi aplikasi Android telah dikemas kini. Namun begitu, versi iOS akan dikemas kini tidak lama lagi.

Perubahan dalam versi mudah alih agak sama dengan versi Web, tetapi terdapat sedikit perbezaan:

  • Pada masa ini, anda boleh menjumpai Transaksi dalam tab Akaun, tetapi ini kemudiannya akan dipindahkan ke Bayaran, sama seperti versi Web.

Selain itu, versi mudah alih telah berubah dengan cara yang sama seperti versi Web, jadi anda tidak perlu risau tentang susun atur menu yang berbeza di antaranya.


Dengan itu, kami telah meliputi segala perubahan yang dibawa oleh kemas kini antara muka terbaru ini. Kami berharap artikel ini dapat membantu mengelakkan sebarang kekeliruan dan membolehkan anda lebih cepat membiasakan diri dengan susun atur baharu ini. Nantikan kemas kini lebih lanjut di blog kami!

Related posts