FAQ

Scam WhatsApp: Pastikan Keselamatan Anda

Kenal pasti scammer untuk menjaga keselamatan wang anda


Kini perdagangan menjadi semakin popular di seluruh dunia, pelbagai scam direka untuk cuba menumpang populariti ini. Olymp Trade sentiasa bersedia untuk membantu anda melindungi wang anda, oleh itu kami telah menyediakan penerangan ringkas tentang scam ini dan bagaimana anda harus menghadapi sebarang percubaan penipuan. Anda juga boleh mencari nasihat umum tentang cara mengelak scammer di blog kami.

 

Bagaimana Cara Mengesan Scammer?

Taktik yang digunakan adalah agak biasa, walaupun beberapa perincian kecil mungkin berbeza. Segalanya bermula dengan scammer yang menghubungi anda melalui WhatsApp, mendakwa diri sebagai pengurus dari Olymp Trade, dan menawarkan anda menghasilkan lebih banyak keuntungan. Sudah tentu, ini hanyalah satu muslihat, untuk membuat anda menghantar wang kepada mereka.

Agak mudah untuk mengesan seorang scammer: mereka akan menghubungi anda terlebih dahulu, menawarkan cara meningkatkan pelaburan dengan cepat. Jika anda tanya, mereka akan memperkenalkan diri sebagai pengurus dari platform Olymp Trade, atau pemilik syarikat yang berkaitan dengan Olymp Trade. Ingat, bahawa wakil kami tidak akan sesekali menghubungi anda menerusi perkhidmatan mesej peribadi, dan Olymp Trade tidak berhubung kait dengan mana-mana syarikat pelaburan.

Baca lebih lanjut tentang cara melindungi diri daripada scammer dalam artikel ini di blog kami.

Apa Yang Harus Dilakukan Dengan Scammer

Sekiranya anda dihubungi oleh seseorang yang mencurigakan dan menawarkan untuk meningkatkan keuntungan anda atau membantu anda “belajar rahsia perdagangan”, atau mendakwa mereka bekerja dengan Olymp Trade, maka anda tidak patut mempercayai mereka. Tiada rahsia perdagangan selain analisis dan pengalaman, dan tiada satu daripada juruanalisis peribadi kami akan menghubungi anda begitu sahaja, sudah tentu tidak melalui perkhidmatan mesej.

Scam example 2 How scammers blackmail Scam example 1

Perkara yang wajar untuk dilakukan adalah menyekat dan melaporkan mereka. Anda boleh sekat dan laporkan pengguna dalam WhatsApp dengan dua langkah mudah:

  1. Dalam halaman sembang dengan scammer, klik nama atau nombor telefon merek:
  2. Klik Laporkan Kenalan, dan kemudian butang Lapor & Sekat.

 

Olymp Trade - What is WhatsApp scam - Block a user

Jika terdapat kumpulan sembang bersifat mencurigakan yang ingin anda laporkan, ia juga mudah sahaja:

  1. Pertama, anda perlu sekat dan laporkan semua admin kumpulan, dengan mengikuti arahan berikut;
  2. Selepas itu, klik nama kumpulan, kemudian klik butang Laporkan Kumpulan;

 

Olymp Trade - What is WhatsApp scam - Block a group

Itu sahaja. Kenalan/kumpulan itu telah disekat, dan pentadbiran WhatsApp akan menangani scammer itu.

Baiklah, kami telah meliputi segala yang anda perlu tahu untuk mengelakkan jenis scam ini. Jadi, berhati-hati dan ingat bahawa wakil sokongan atau pengurus kami tidak akan menghubungi anda dengan cara yang lain daripada e-mel dan sembang platform kami.

Related posts
FAQ

Arahan KYC Malaysia

Prosedur pengesahan merangkumi 4 langkah. Kami akan memberi anda arahan untuk diikuti.