Manajemen Uang

Pelaburan vs Spekulasi: Perbezaan Utama

Bagaimana Cara Perdagangan Yang Betul di Pasaran Kewangan?


Ramai yang sering bertanya kepada diri sendiri: Bagaimana untuk melakukan perdagangan di pasaran kewangan dengan betul? Adakah berbaloi untuk membeli pasangan mata wang silang, saham, atau ETF untuk jangka masa yang panjang, atau cukup setakat menyimpan hanya beberapa jam dan menjualnya? Kami akan cuba menjawab soalan ini dalam artikel berikut.

 

Adakah lebih baik untuk sewa atau beli sebuah kereta?

Bayangkan situasi ini, anda berpindah ke bandar yang lain. Anda membeli rumah baru, memindahkan barang-barang, tetapi anda ada satu masalah. Cara untuk berulang-alik ke kerja. Tempat kerja agak jauh dari rumah, dan pengangkutan awam tidak pergi ke kawasan itu.

Selain itu, anda suka melancong, tetapi tidak suka naik kapal terbang. Anda ada dua pilihan: anda boleh membeli sebuah kereta untuk kerja dan melancong, atau anda boleh sewa sebuah kereta setiap hari. Kedua-dua pilihan ini ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Jika anda membeli kereta sendiri:

  1. Ia mahal.
  2. Anda perlu membayar kos kerja pembaikan dan insurans.
  3. Ada kemungkinan anda tidak berpuas hati dengan kereta itu dan menjualnya, tetapi pada harga yang lebih rendah daripada harga pembelian.

Sebaliknya, anda lebih cenderung menjaga kereta ini untuk memastikan ia tidak rosak. Selain itu, ia mungkin bertahan bertahun-tahun lamanya dan dapat diwarisi oleh anak anda sekiranya ia kereta yang bermutu.

Jika anda menyewa kereta:

  1. Anda perlu membayar untuk perjalanan setiap hari, dan selepas tempoh tertentu ini mungkin lebih mahal daripada membeli kereta sendiri.
  2. Jika anda, contohnya mungkin menghadapi masalah, terlibat dalam kemalangan atau kereta rosak kerana salah anda.

Tetapi, jika anda tidak menyukai kereta itu, anda boleh tukar pada bila-bila masa untuk harga yang hampir sama.

 

Apa maksud pelaburan?

Pelaburan dan spekulasi ialah seperti memilih kereta untuk kerja dan perjalanan. Pelaburan adalah komitmen jangka panjang, seperti membeli kereta sendiri. Jenis pelaburan ini memerlukan jumlah wang yang lebih banyak.

Sebagai contoh, anda membuat keputusan untuk melabur wang anda dalam saham, Apple sekarang bernilai kira-kira $133 per syer, Amazon $3,400, dan Tesla $680. Sudah tentu anda boleh membeli satu saham daripada satu syarikat, tetapi risiko anda untuk kehilangan wang (atau kereta anda terlibat dalam pelanggaran) meningkat dengan ketara.

Untuk mengurangkan risiko-risiko ini, anda perlu menghasilkan portfolio yang terdiri daripada pelbagai saham, termasuk “saham sekuriti”, ini bermaksud saham syarikat atau dana dagangan pertukaran (ETF) yang menaik apabila pasaran menurun. Seperti membeli insurans kereta.

Investing Vs Speculation: The Main Difference

Bayangkan anda merancang perjalanan dengan kereta persendirian anda. Sebelum anda memandu, anda perlu memeriksa kereta anda, tahap minyak, tekanan tayar dsb. Oleh itu, anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang kereta anda, agar perjalanan berjalan lancar. Begitu juga, semasa membuat pelaburan, anda perlu faham bagaimana syarikat yang anda pilih berfungsi untuk tahu apa yang harus dijangka daripada pergerakan harga masa depan.

Jenis analisis ini dipanggil analisis asas, dan bertujuan untuk meramal tingkah laku harga jangka panjang. Mempelajari analisis asas adalah seperti belajar untuk memahami apa yang berlaku dengan kereta anda. Dalam kes ini, risiko kerosakan yang tidak dijangka dapat dikurangkan dengan ketara.

Jadi, seperti mana anda patut menjaga kereta anda dan membawanya untuk servis bagi memastikan ia tidak rosak secara tiba-tiba, anda juga perlu menjaga portfolio anda pada setiap masa. Ini bermaksud anda, pelabur, mesti sentiasa memantau pelaburan, dan jika perlu, menambah saham tertentu ke portfolio, atau sebaliknya, mengeluarkan saham tertentu.

Seperti kereta yang sentiasa dijaga, portfolio saham juga boleh bertahan selama beberapa tahun, menghasilkan pendapatan stabil untuk pelabur. Contohnya, sepanjang lima tahun yang lalu, saham Apple meningkat  376%, saham Amazon 940%, dan saham Tesla hampir 1500%.

Anak dan cucu anda dapat mewarisi portfolio yang dijaga dengan baik.

 

Apa maksud spekulasi?

Bagi spekulasi, ia adalah serupa dengan menyewa kereta. Pertama, anda tidak perlukan banyak wang untuk membuat spekulasi. Untuk berdagang, anda boleh menggunakan dana broker anda dalam bentuk leveraj atau pengganda yang disediakan.

Contohnya, pengganda X500 meningkatkan jumlah dagangan sebanyak 500 kali ganda, yang bermaksud jika anda membuka dagangan dengan hanya $10 wang sendiri, anda boleh berdagang untuk $5,000. Sebaliknya, seperti menyewa kereta, anda perlu membayar sewa dalam bentuk komisen. Disebabkan perdagangan kerap, dalam jangka masa panjang, komisen boleh menjadi jumlah yang besar.

Investing Vs Speculation: The Main Difference

Anda berkemungkinan tidak akan mengambil perjalanan jauh dengan kereta sewa. Tapi, anda juga mungkin tidak perlu fikir tentang tahap minyak hitam dan petrol. Anda akan memikirkan jalan yang paling cepat dari lokasi A ke B. Seperti spekulasi juga, anda tidak perlu faham apa yang berlaku dengan perniagaan, atau contohnya, memahami keadaan ekonomi negara untuk mata wang yang anda beli atau jual.

Anda hanya perlu meramal pergerakan harga untuk tempoh masa pendek. Untuk ini, anda boleh gunakan jenis analisis lain yang dipanggil analisis teknikal. Jenis analisis ini menilai carta dan pergerakan harga. Analisis teknikal dapat digunakan untuk meramal pergerakan harga dan tingkah laku masa depan untuk aset atau instrumen kewangan yang berbeza.

Berbeza daripada pelaburan, di mana anda perlu menunggu untuk jangka masa yang lama sebelum mendapat pulangan, spekulasi membolehkan anda menghasilkan keuntungan dalam tempoh masa yang pendek, dan pedagang tidak kisah jika harga menaik atau menurun. Ia hanya penting untuk meramal arah pergerakan jangka masa pendek. Contohnya, lihat saham Apple. Jika anda mengambil pendekatan spekulatif, anda boleh meningkatkan pendapatan secara ketara dengan kedua-dua perdagangan naik dan turun.

Investing Vs Speculation: The Main Difference

Seperti menyewa kereta, anda boleh menukar sebuah kereta untuk kereta lain, pedagang boleh beralih daripada memperdagangkan aset tertentu kepada aset lain. Dalam kes ini, tidak perlu menjaga portfolio kerana jenis portfolio ini tidak wujud atau boleh dilaraskan. Suden tentu, dengan pendekatan ini, risiko menaik dengan ketara disebabkan jumlah dagangan.,

 

Kesimpulan

Persoalannya ialah yang mana harus dipilih – pendekatan perdagangan pelaburan atau spekulatif? Jawapannya seperti biasa, adalah di tengah. Untuk mengambil perjalanan, lebih baik mempunyai kereta sendiri, tetapi pada masa yang sama, tiada siapa melarang kita daripada menggunakan kereta sewa untuk perjalanan tertentu.

Anda boleh menggabungkan dua pendekatan ini dengan mudah, iaitu memiliki portfolio pelaburan anda yang membawa keuntungan jangka panjang. Pada masa yang sama, menggunakan sebahagian daripada wang anda untuk terlibat dalam spekulasi, menjana pendapatan pada perubahan pasaran jangka pendek.

Related posts
Analisis Fundamental

Analisis Saham Amazon 2021

Mari kita lihat syarikat terbesar di dunia dari segi hasil dan permodalan - Amazon. Kita berbincang tentang banyak kelebihan dan kekurangan pelaburan saham Amazon.