Analisis Teknikal

Panduan Mudah Analisis Teknikal

Pengetahuan Asas - Carta, Trend, Sokongan & Rintangan


Analisis teknikal ialah kemahiran penting untuk pedagang yang ingin memanfaatkan trend, tarikan balik, kebalikan dan jenis tindakan harga yang lain. Artikel ini menyediakan gambaran keseluruhan tentang cara menggunakan analisis teknikal semasa berdagang di platform Olymp Trade.

 

Apa Itu Analisis Teknikal?

Analisis teknikal ialah amalan penggunaan data carta untuk menentukan kemungkinan arah pergerakan harga. Pedagang menggunakan alat dan carta spesifik untuk membantu mereka memperoleh sebanyak mungkin maklumat tentang pergerakan harga.

Artikel kami, Analisis Asas lwn. Teknikal: Memahami Perbezaan menerangkan nuansa antara dua jenis analisis dan merupakan pengenalan yang bagus kepada analisis teknikal.

 

Mentafsir Carta

Penggunaan analisis teknikal bermula dengan pemahaman asas tentang carta harga. Terdapat empat jenis carta di platform; Kawasan, Bar, Heiken Aishi dan yang paling biasa digunakan adalah Lilin Jepun.

Pedagang Forex inginkan maklumat secepat mungkin dan bergantung pada Lilin Jepun untuk menyampaikannya. Walaupun carta Bar dan Heiken Ashi memaparkan butiran yang serupa, ia tidak begitu popular antara pedagang.

Carta menunjukkan harga terdahulu dan terkini sesuatu aset. Berdasarkan carta harian di atas, anda boleh melihat bagaimana harga saham Amazon berubah sepanjang hari perdagangan. Setiap lilin mewakili satu hari perdagangan. Lilin mewakili Tempoh Masa. Oleh itu, pada carta lima minit, satu lilin baharu akan wujud setiap lima minit.

Setiap lilin mendedahkan empat perkara – tahap tinggi, rendah, buka dan tutup.

Batang dan sumbu membentuk setiap lilin. Dengan memerhatikan lilin, anda dapat melihat tahap tertinggi dan terendah yang dicapai aset untuk suatu tempoh, ditunjukkan oleh hujung sumbu. Buka dan tutup menunjukkan di mana harga berada semasa tempoh mula dan akhir, kawasan antaranya membentuk batang lilin.

Lilin menceritakan suatu kisah. Sama ada batang lilin adalah hijau atau merah menandakan jika harga naik atau turun.

Hijau ialah kisah Bulls iaitu pembeli yang cuba mendorong harga lebih tinggi. Sumbu menandakan tinggi, tetapi ia juga menunjukkan penolakan harga, apabila pembeli menolak harga kembali ke bawah sebelum tutup dan tidak lagi mengejar harga. Sumbu rendah, di bawah batang lilin, adalah bertentangan ia menunjukkan penolakan penjual terhadap harga rendah.

Lilin merah menceritakan kisah Bears dan usaha mereka untuk mendorong harga menjadi lebih rendah. Sumbu tinggi dan rendah menceritakan kisah yang sama tentang penolakan harga.

 

Cara untuk Mengenal Pasti Trend

Trend adalah apabila harga bergerak dalam arah yang sama untuk jangka masa yang berlanjutan. Ia naik, jatuh atau mendatar dan biasanya memerlukan pengaruh luaran yang besar untuk mengubah arah.

Cara paling biasa untuk mengenal pasti trend ialah menggunakan Garisan Trend (garisan merah di atas) untuk menhubungkan suatu siri aras tinggi dan rendah. Setelah disambungkan, is adalah mudah untuk menentukan arah harga aset didagangkan. Garisan ini membantu meredamkan maklumat berlebihan lilin individu, menghasilkan gambaran jelas tentang pergerakan aset.

Semakin banyak lilin yang bersetentuhan sepanjang garis trend, semakin kuat trend tersebut.

Uptrend (Trend Naik)

Garisan menghubungkan rendah yang lebih tinggi dan/atau buka – menandakan harga terus meningkat semasa menghadapi tarikan balik.

Downtrend (Trend Turun)

Garisan menghubungkan tinggi yang lebih rendah dan/atau buka – menandakan harga terus menurun semasa menghadapi tarikan balik.

Plateau

Garisan menghubungkan tinggi atau rendah pada kira-kira tahap yang sama – menandakan harga kekal hampir sama dengan sedikit perubahan.

Pedagang yang berpengalaman tahu bahawa, “trend ialah kawan baik anda”. Trend naik yang berlanjutan kemungkinan tinggi terus menaik berbanding berundur dan menurun. Oleh itu, perdagangan dengan trend memaksimumkan peluang kejayaan.

Tahap Support & Resistance

Dalam analisis teknikal, tahap sokongan dan rintangan digunakan untuk menentukan titik harga pada carta di mana kebarangkalian lebih memilih jeda atau kebalikan trend. Tahap sokongan ialah apabila harga aset berulang kali berhenti jatuh dan kembali menaik, manakala tahap rintangan ialah apabila harga berhenti menaik dan menjunam semula.

Ia adalah barometer utama sentimen pasaran jangka panjang.

Sokongan – apabila trend turun dijangka berhenti buat sementara disebabkan penumpuan pembeli (demand).

Rintangan – apabila trend naik dijangka berhenti buat sementara, disebabkan penumpuan penjual (supply).

Terdapat pelbagai cara yang rumit untuk mengira tahap sokongan dan rintangan. Cara yang paling mudah untuk menentukan tahap sokongan dan rintangan ialah dengan garisan trend.

Walaupun, tahap sokongan dan rintangan boleh berhubung kait dengan garisan trend, ia juga boleh berada pada satu titik harga, menghentikan harga daripada menaik atau menurun.

Aset bagaikan bola getah yang melantun dari “lantai” atau sokongan dan memantul daripada “siling” atau rintangan.

Bayangkan bola itu, di udara, bertukar menjadi bola meriam. Daya tambahan volum yang dipertingkatkan akan memaksa boleh menembusi tahap rintangan; atau ia akan terhempas menembusi tahap sokongan dalam perjalanan ke bawah. Walau apa cara pun, daya tambahan, atau kesan daripada bulls atau bears, diperlukan untuk menembusi sokongan atau rintangan.

Tahap rintangan menjadi tahap sokongan apabila harga melebihnya dan berkumpul di sana. Tahap sokongan menjadi tahap rintangan apabila harga jatuh kurang daripadanya dan tetapi di sana. Semakin banyak tahap sokongan dan rintangan diuji, ia adalah semakin kuat.

Namun demikian, apabila tarikan balik semakin pendek dan volum meningkat dengan setiap lantunan atau pantulan, bola harga aset mendapat momentum dan berkemungkinan menembusi garisan. Fenomena ini adalah pencetus dua jenis strategi.

 

Perdagangan ‘Pullback’ dan ‘Breakout’

Lantunan (Rebound) dan Penembusan (Breakout) adalah dua strategi perdagangan berdasarkan trend, sokongan dan rintangan. Kedua-duanya adalah berisiko kerana tindakan harga mungkin bertentangn dengan ramalan anda.

Tarikan Balik

Dagangan yang untung daripada tarikan balik (kebalikan trend pendek) ialah aset yang menguji tahap sokongan atau rintangan. Iaitu, melompat ke dalam pasaran yang telah mempunyai trend tetap dan kemudian berpaling daripada trend tersebut.

Keadaan teknikal yang diutamakan untuk tarikan balik yang menguntungkan ialah trend yang kuat dan garisan sokongan dan rintangan yang kukuh.

Aset yang menghampiri tahap yang dikenali (garisan trend, tahap sokongan atau rintangan) mewakili peluang terbaik untuk untung. Aksi harga menegak kepada puncak atau jurang dengan volum tinggi diperlukan untuk keuntungan yang konsisten kerana ia menggalakkan pergerakan harga yang pesat. Namun begitu, volatiliti sama yang membuatkan jenis perdagangan ini menguntungkan juga menjadikannya berisiko.

Cari sumbu lilin yang menunjukkan penolakan harga terhadap trend bersama dengan volum meningkat apabila harga mencapai lantai atau siling. Setiap tarik balik menghasilkan tahap sokongan atau rintangan, mengurangkan potensi untuk dagangan yang lebih menguntungkan.

Dagangan dilaksanakan apabila harga menghampiri tahap yang dikenal pasti dalam percubaan untuk memanfaatkan keseluruhan tarikan balik itu. Menggunakan tahap sokongan atau rintangan yang ditentukan pada tahap tinggi atau rendah tarikan balik sebelumnya.

Penembusan

Dagangan yang untung daripada aset selepas ia menembusi tahap sokongan atau rintangan. Pedagang penembusan memasukkan posisi panjang (harga akan terus “Naik”) selepas harga menembusi tahap rintangan atau membuka posisi pendek (harga akan terus “Turun”) selepas saham mencapai di bawah tahap tahap sokongan.

Penembusan (Breakthrough) adalah peluang perdagangan berpotensi yang berlaku apabila harga aset melonjak melebihi tahap rintangan atau menjunam di bawah tahap sokongan kerana peningkatan volum. Selepas suatu aset diperdagangkan menjangkaui tahap yang dikenal pasti, volatiliti bertambah dan harga sering kali menghasilkan trend ke arah penembusan.

Penembusan ialah strategi perdagangan yang penting kerana persediaannya ialah permulaan untuk peningkatan volatiliti yang bertambah, perubahan harga yang besar dan trend harga utama. Tetapi seperti strategi lain, keuntungan tidak dijaminkan.

Pertama, perdagangan breakout mengenal pasti trend harga semasa dan juga tahap sokongan dan rintangan untuk merancang titik masuk dan keluar. Berbeza seperti Pullback, Breakout memerlukan saluran yang dihasilkan oleh garisan sokongan dan rintangan. Saluran ini bermakna harga berkemungkinan melihat lonjakan atau kemerosotan besar selepas menembusi salah satu sempadan.

Semakin kuat tahap yang dikenal pasti diuji, semakin penting tahap tersebut, dan secara umumnya, sebaliknya semakin lemah tahap itu, semakin besar peluang untuk penembusan.

Selepas memasukkan sama ada dagangan Pullback atau Breakout, menentukan bila untuk keluar daripada dagangan semasa perdagangan forex bergantung pada beberapa faktor. Secara umumnya, apabila momentum semakin perlahan, bersedia untuk tutup dagangan bagi memaksimumkan keuntungan.

Semasa melaksanakan Fixed Time Trades mengikuti salah satu strategi, tetapkan Tempoh pada jangka masa yang sama seperti Jangka Masa carta untuk mengurangkan kekeliruan dan hargai momentum penuh lilin tersebut.

 

Trend Ialah Rakan Baik Anda

Analisis teknikal ialah amalan penggunaan data carta untuk menentukan aksi harga akan datang untuk suatu aset. Memahami carta, trend, tahap sokongan dan rintangan membantu pedagang memahami bagaimana harga sekuriti telah bergerak dan pergerakan berpotensi yang akan datang.

Pedagang teknikal menggunakan alat asas ini untuk membina strategi yang berlainan. ‘Pullback’ dan ‘Breakout’ ialah dua jenis strategi teknikal asas yang menggunakan konsep teras untuk menghasilkan keuntungan. Ingat, lebih banyak perhatian yang diberikan kepada tahap ini, semakin penting dan berkemungkinan ia runtuh.

Analisis teknikal ialah kemahiran yang memerlukan kajian dan latihan. Gunakan akaun demo untuk membiasakan diri dengan strategi ini dan bersedia untuk mengaut keuntungan.

Related posts
Psikologi

Kejayaan awal: rakan atau musuh?

Adakah anda tahu parti mana yang paling bercita-cita tinggi dalam pasaran kewangan? Sudah tentu pedagang baru. Anda boleh mencari cita-cita mencapai 100 atau bahkan 200 peratus...
Analisis Fundamental

Carta US Dollar Index

Untuk kebanyakan pedagang, Indeks Dolar Asas ialah aset yang agak kompleks. Tetapi, jika anda mengenali alat ini dengan lebih baik, ia dapat membantu anda untuk memahami...
Blog rasmi Olymp Trade