Berita Jenama

Olymp Trade: Misi Bantuan Baru di Indonesia

Broker membantu mangsa banjir Kalimantan Selatan bertahan dan pulih semula


Tahun 2021 membebani pihak berkuasa bencana Indonesia dengan beban kerja yang besar. Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh dan banjir paling teruk di beberapa bahagian negara tersebut. Ini meninggalkan berpuluh-puluh ribu orang kehilangan tempat tinggal. Sudah jatuh ditimpa tangga, gempa bumi pula mengambil nyawa berpuluh-puluh orang dan beberapa ratus pula tercedera.

Ia adalah permulaan yang menghampakan bagi ramai keluarga di Indonesia. Tambahan pula kesusahan yang dihadapi oleh ekonomi dan rakyat yang disebabkan pandemik COVID-19. Bagi membantu pemulihan mereka, pasukan respons bencana Olymp Trade menjalankan lagi satu operasi bantuan.

Olymp Trade: Misi Bantuan Baru di Indonesia

 

Banjir Kalimantan Selatan Mengorban Nyawa

Salah satu tempat yang terjejas teruk oleh bencana iklim ini ialah Kalimantan Selatan. Pada bulan Januari, wilayah yang terletak di tenggara pulau Borneo dilanda “banjir paling dahsyat yang pernah berlaku”. Malapetaka itu menyebabkan gabenor negeri tempatan untuk mengumumkan status kecemasan.

Menurut laporan, banyak daerah Kalimantan Selatan terjejas teruk kerana bencana ini, Balangan, Hulu Sungai Tengah, dan Tanah Laut antara daerah yang paling teruk sekali. Banjir tersebut menyebabkan lebih 3,500 rumah ditenggelami dan lebih 11,500 penduduk terjejas. Kebanyakan mereka kehilangan rumah, harta dan bekalan hidup. Kelangsungan hidup penduduk ini bergantung pada betapa cepat bantuan kecemasan akan sampai.

Olymp Trade merupakan salah satu pihak yang memberikan bantuan. Untuk misi ini, pasukan kami bekerjasama dengan DT Peduli. Organisasi amal yang dikaitkan dengan Amil Zakat, institusi negara yang terlibat dalam pelbagai projek pendidikan dan kebajikan di Indonesia untuk menyokong kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.

Banjir Kalimantan Selatan Mengorban Nyawa

 

Pasukan Olymp Trade Memberikan Bantuan

Pasukan DT Peduli, yang amat mengenali keperluan komuniti tempatan, membantu kami membuat persediaan dan menghantar pakej bantuan ke Kampung Kali Besar di Daerah Kurau.

Sebelum itu, 230 buah rumah telah menghadapi banjir di sini, dan ramai keluarga tempatan kekurangan bekalan keperluan asas.

Pasukan bekerjasama untuk menyediakan pakej bantuan bagi membantu penduduk kampung mengharungi masa sukar ini. Beg mengandungi barangan runcit, snek, selimut dan keperluan lain termasuk produk kebersihan diri. Dalam cuaca yang panas dan lembab, dengan risiko jangkitan penyakit berjangkit yang tinggi, sabung dan pensanitasi tangan dapat menyelamatkan nyawa.

Keluarga dengan anak-anak kecil pula gembira untuk menerima susu dan lampin bayi.

Akhir sekali, Olymp Trade menyediakan bekalan sekolah, supaya kanak-kanak boleh menyambung semula pembelajaran secepat mungkin.

Olymp Trade Delivers Aid

 

Ke Arah Masa Depan

Ini bukanlah misi kemanusiaan yang pertama oleh Olymp Trade di negara ini. Pada tahun lepas, kami menyediakan sokongan kepada keluarga di Indonesia yang terjejas teruk daripada krisis ekonomi disebabkan pandemik.

Wakil Olymp Trade:

Membantu orang lain mengatasi kemiskinan dan kesukaran adalah dalam DNA Olymp Trade. Ia adalah cara kami untuk menjadi prihatin kepada komuniti tempatan dan mewujudkan hidup yang lebih baik. Di bawah keadaan biasa, kami “mengajar orang untuk memancing”, tetapi apabila bencana melanda, ia adalah penting untuk membawa “ikan yang dapat mengenyangkan perut walaupun sehari”. Hanya apabila keperluan asas dipenuhi, seseorang itu boleh mula mengubah hidup mereka. Pada peringkat ini, kami gembira untuk menawarkan penyelesaian perdagangan kami kepada mereka.

Permulaan tahun 2021 agak mencabar bagi ramai rakyat di Indonesia. Dan walaupun kami tidak dapat menghalang bencana alam daripada berlaku, kami mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan kemusnahan yang timbul.

Kami amat berterima kasih kepada pasukan di padang yang membantu kami dengan penghantaran dan pengagihan bantuan. Kami berharap, misi kerjasama seterusnya akan menjadi lebih berjaya!

Related posts
Berita Jenama

Olymp Trade: Sejarah Kecemerlangan

Olymp Trade telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada rakan setara dan peneraju pendapat dalam industri ini. Ketahui mengapa broker ini memberi kepujian kepada klien mereka...