Berita Jenama

Olymp Trade Menang Anugerah ‘Best Mobile Trading Platform’

Broker ini menjalankan platform mudah alih terbaik, menurut World Finance


Koleksi anugerah Olymp Trade kini merangkumi Platform Perdagangan Terbaik, Broker Sokongan Pelanggan Terbaik, Pengalaman Mudah Alih Terbaik dan Broker Pelaburan Terbaik. Baru-baru ini, platform perdagangan mudah alih broker ini dinamakan terbaik dalam industri oleh World Finance.

Kami mengucapkan tahniah kepada pasukan dan komuniti Olymp Trade untuk penghormatan inii. Ini satu lagi tanda pengiktirafan bagi pendekatan kami yang berfokuskan pelanggan, usaha keras dan penyelidikan.

 

Tentang World Finance

World Finance ialah majalah terbitan setiap suku tahun yang menyediakan liputan menyeluruh tentang acara ekonomi untuk para pelabur, pengurus wang dan profesional kewangan yang lain. Topik termasuk insurans, pengurusan pelaburan, dana lindung nilai, perbankan digital dan perkhidmatan kewangan. Seperti namanya, World Finance adalah tentang penghasilan, perbelanjaan, penjimatan dan peningkatan modal.

Bagi menyerlahkan pencapaian luar biasa dalam industri, World Finance memberi anugerah tahunan kepada jenama berprestasi terbaik dalam berbilang sektor yang berlainan. Untuk broker Forex, persaingan adalah untuk 10 nominasi, termasuk gelaran “terbaik” dalam beberapa wilayah.

Pada tahun 2021, anugerah Platform Perdagangan Terbaik diberikan kepada Olymp Trade. Kami melihat ini sebagai satu kejayaan besar dalam sektor yang sangat kompetitif.

 

Mengapa Perlu Ada Platform Mudah Alih pada 2021

Walaupun kebanyakan broker FX yang terkenal menawarkan aplikasi desktop dan mudah alih, kajian menunjukkan bahawa bilangan pedagang mudah alih sedang bertambah pesat. Terdapat tiga sebab utama di sebalik kenaikan ini.

  1. Lebih ramai pedagang Forex beralih kepada peranti mudah alih. Platform perdagangan saiz poket sentiasa ada dalam tangan, menjadikannya lebih mudah untuk merebut peluang menjana keuntungan sebaik sahaja ia muncul. Ia adalah pilihan terbaik untuk seorang yang aktif dan sentiasa dalam perjalanan dan bukan menghadap komputer sepanjang hari.
  2. Disebabkan perintah berkurung baru-baru ini, jutaan ramai orang telah diarahkan untuk duduk di rumah dengan banyak masa lapang. Gabungkan dengan kebimbangan tentang kedudukan kewangan dan keinginan untuk mencari sumber pendapatan tambahan, maka terhasil ribut lonjakan perdagangan Forex mudah alih. Walaupun ramai tidak mempunyai komputer desktop di rumah, ramai pula memiliki telefon pintar.
  3. Kualiti internet mudah alih telah bertambah baik dengan banyak untuk menampung beban kerja yang meningkat. Pedagang FX mudah alih di bandar-bandar besar adalah antara yang paling bermanfaat dalam keadaan ini. Rangkaian 5G bercirikan kapasiti yang lebih besar menyediakan sambungan internet yang lebih pantas dan stabil. Ini mengubah permainan sama sekali apabila pendapatan bergantung pada jika anda boleh buka/tutup posisi pada bila-bila masa.

 

Kenapa Olymp Trade Layak Menerima Anugerah Ini

Pedagang mudah alih merangkumi jumlah audiens sasaran terbesar, semua broker Forex yang serius melakukan apa sahaja untuk meningkatkan daya saing platform mudah alih mereka.

Dari segi ini, kami gembira untuk melihat jumlah rekod pembaca World Finance yang telah menamakan Olymp Trade sebagai aplikasi perdagangan mudah alih yang terbaik dalam sektor Forex.

Platform mudah alih pemenang anugerah kami menampilkan ciri:

  • Intuitif, visual menarik dan UI konsisten
    Reka bentuk aplikasi memastikan pengguna boleh mencari penyelesaian segera untuk sebarang masalah yang dihadapi. Sekilas pandang sahaja cukup untuk ketahui lokasi satu ciri atau alat yang diperlukan.
  • 3 mod perdagangan
    Bergantung pada tahap kemahiran dan keutamaan anda, anda boleh pilih antara mod FTT (Fixed Time Trade), FX (Forex), atau SPT (Stock Price Trade).
  • Sumber tambahan, termasuk ciri analitis dan bahan pendidikan
    Kebanyakan pedagang baharu memerlukan bimbingan pakar untuk menguasai instrumen dan strategi lanjutan. Platform mudah alih Olymp Trade menyediakan pandangan, pelbagai sumber pendidikan, petua dan petunjuk perdagangan.
  • Sokongan Pelanggan 24/7
    Pasukan Sokongan Pelanggan kami berkhidmat sepanjang hari untuk menyelesaikan kekhuatiran anda. Mereka cepat bertindak dan bertutur pelbagai bahasa, termasuk bahasa ibunda anda.

 

Terima Kasih Semua!

Pasukan Olymp Trade amat berterima kasih kepada semua pengundi yang menyokong kami di laman web World Finance. Masa yang diluangkan untuk menunjukkan penghargaan untuk kerja yang kami lakukan sangat bermakna kepada kami. Kami gembira untuk menambah piala ini dalam senarai kami.

Lihat koleksi lengkap anugerah Olymp Trade di sini.

Related posts
Berita Jenama

Olymp Trade Bantu Melawan Covid-19

Pasukan Olymp Trade meneruskan program amalnya. Semasa sambutan perayaan Ganesh Chaturthi, beratus-ratus keluarga India yang miskin telah menerima hadiah yang berguna: bantuan...
Berita Jenama

Olymp Trade: Membawa Perubahan di Mesir

Pada Disember 2020 — Januari 2021, Olymp Trade menjalankan kempen bersama di Cairo, Giza dan Alexandria untuk menjadikan hidup kanak-kanak yatim dan kurang upaya dan warga emas le...