Platform berita

Olymp Trade Melancarkan Stock Price Trades

Olymp Trade Telah Melancarkan Mekanisme Perdagangan Mesra Pengguna Untuk Pelaburan


Stock Price Trades adalah mekanisme perdagangan baru yang dinantikan. Ia menampilkan puluhan saham terkenal untuk didagangkan dengan syarat mesra pengguna yang jelas. Saham PT boleh dijadikan instrumen kewangan aliran utama untuk pelaburan jangka panjang dan instrumen diversifikasi yang melengkapkan mekanisme perdagangan yang ditawarkan oleh Olymp Trade.

 

Mengapa Olymp Trade Menawarkan Stock PT

Saham menarik para pedagang kerana volatiliti dan jurang dividen. Bersama-sama, dua ciri ini memberikan peluang yang banyak untuk menghasilkan keuntungan. Saham juga menarik pelabur kerana pengkhususan sektor pasaran dan unjuran kenaikan nilai yang boleh menguntungkan.

Disebabkan ini, Olymp Trade kini mempunyai saham dalam senarai instrumen perdagangan yang ditawarkan. Ia tidak berakhir di sini sahaja kerana sentiasa ada peluang untuk menambah baik syarat perdagangan dan pendekatan pasaran.

Pedagang menantikan sejenis mekanisme perdagangan yang telus, yang menampilkan perdagangan saham, dan menawarkan jadual bayaran yang paling hampir dengan kepentingan mereka. Olymp Trade menjawab permintaan ini dengan menghasilkan “Stock Price Trades”.

 

Apa itu Stock PT?

Stock Price Trades ialah mekanisme perdagangan baru berdasarkan saham sebagai aset pendasar. Idea utama mekanisme ini ialah untuk menjadikan perdagangan saham lebih mudah dan menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Selaras dengan visi ini, Olymp Trade melengkapkan Stock PT dengan beberapa ciri yang akan membantu mencapai matlamat yang dinyatakan di atas.

 

Pelbagai Pilihan Instrumen Perdagangan

Olymp Trade mengambil syarikat awam daripada mod FX sebagai teras dan mengembangkan senarai ini. Kini, pedagang mempunyai saham popular seperti Tesla dan Amazon dan banyak saham spesifik seperti Monster Beverage atau Las Vegas Sands yang boleh dipilih.

Secara keseluruhan, terdapat 60+ syarikat awam untuk dipilih. Oleh itu, pedagang dan pelabur pasti mudah menjumpai saham yang paling sesuai dengan strategi mereka. Sebaliknya, ini membolehkan kepelbagaian dalam portfolio pelaburan yang mungkin sesuai dengan pelbagai matlamat kewangan.

 

Yuran Sangat Mesra Pengguna

Semasa membuka kedudukan dengan Stock PT, pedagang membayar komisen sifar. Semasa menutup kedudukan dengan Stock PT, pedagang membayar Yuran Kejayaan Penjualan hanya jika kedudukan itu membawa keuntungan.

Selain ini, pedagang masih dikenakan yuran platform biasa. Iaitu, yuran dorman jika akaun tidak aktif selama lebih enam bulan.

Tiada caj lain yang dikenakan dari pihak Olymp Trade dengan mekanisme baru ini. Oleh itu,

dengan yuran yang telus dan rendah, Stock PT ialah mekanisme perdagangan yang hampir tiada caj.

 

Persekitaran Perdagangan Baharu

Stock PT memperdagangkan unit. Harga satu unit Stock PT bersamaan dengan harga saham pendasar. Oleh itu, pedagang mempunyai harga saham sebagai keperluan pembelian minimum dan bukan nilai dagangan minimum.

Selepas membuka kedudukan pada saham tertentu, pedagang boleh membuat pembelian tambahan untuk meningkatkan jumlah nilai kedudukan yang dibuka itu. Apabila menutup sebahagian atau keseluruhan kedudukan ini, purata harga beli diambil sebagai asas pengiraan.

Semua ciri-ciri ini menjadikannya satu pengalaman yang baru dan menarik. Selain itu, mereka tidak berhenti untuk memenuhi visi untuk menjadikan Stock PT lebih bermanfaat untuk kepentingan kewangan para pedagang.

 

Kenapa Berdagang Stock PT?

Stock PT ialah mekanisme perdagangan baru yang menawarkan pelbagai instrumen perdagangan dengan syarat-syarat yang jelas. Paling penting sekali, syarat-syarat ini digubal demi kepentingan pedagang. Ia menambah potensi keuntungan pelaburan jangka panjang dalam Stock PT dan melengkapi aktiviti-aktiviti dalam cara perdagangan lain.

Pedagang yang ingin melabur dengan cara yang lebih relaks dan hanya tunggu untuk melihat portfolio mereka mengembang berkemungkinan tinggi mendapati Stock PT sebagai teras yang sesuai untuk strategi mereka. Bagi mereka yang ingin kekal aktif dalam FX juga mungkin mendapati Stock PT sebagai alat kepelbagaian yang sangat berguna untuk mengimbangi risiko mereka.

 

Lebih Lanjut Tentang SPT

Ketahui lebih lanjut tentang mekanisme perdagangan baru yang luar biasa ini di bahagian Soalan Lazin.

Related posts
Platform berita

Berdagang dengan lebih Pintar dengan

Berdagang dengan maklumat adalah menguntungkan dan kini, ia lebih mudah dengan Insight Olymp Trade. Alat ini membantu anda kekal termaklum dengan berita yang mempengaruhi pasaran....