FAQ

 Keluarkan Wang Dengan Cepat di Olymp Trade

Pengeluaran Dana Mudah untuk Klien Olymp Trade


Anda telah berdagang dengan baik dan telah meningkatkan baki pada akaun Olymp Trade anda dan sekarang anda mahu mengambil sebahagian daripada wang tersebut untuk melakukan sesuatu yang istimewa dengannya. Jadi, bagaimanakah cara untuk mengeluarkan wang daripada akaun perdagangan anda?

Berita baik! Mengeluarkan wang anda sebenarnya lebih mudah daripada mendepositkannya. Kami persembahkan kepada anda panduan mudah untuk membantu anda sepanjang proses menjalankan pengeluaran daripada akaun anda di Olymp Trade.

Proses deposit dan pengeluaran Olymp Trade telah dipercepatkan dengan ketara sepanjang tahun lepas untuk memenuhi keperluan klien yang terus menjana lebih banyak wang setiap tahun dan memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan mereka secara kerap.

Ini merupakan beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum kita mula melangkah menerusi langkah-langkah pengeluaran.

  1. Pengeluaran adalah percuma di Olymp Trade. Ya, anda tidak akan dikenakan yuran atau komisen daripada Olymp Trade kerana mengeluarkan wang ANDA.
  2. TIADA had ke atas jumlah yang anda boleh keluarkan daripada akaun anda, tetapi amaun minimum ialah $10.
  3. Lebih 90% permintaan pengeluaran diproses dalam tempoh kurang daripada 2 hari.
  4. Mempunyai status Advanced dengan Olymp Trade membolehkan anda mengeluarkan dana dengan lebih cepat, biasanya pengeluaran selesai dalam 1 hari.
  5. Mempunyai status Expert dengan Olymp Trade membolehkan anda membuat pengeluaran yang lebih cepat, 90% diproses dalam hanya beberapa jam.

 

Memulakan Proses Pengeluaran

Seperti kebanyakan perkara di platform Olymp Trade, syarikat telah bekerja dengan tekun untuk menjadikan pengeluaran semudah mungkin untuk klien. Untuk bermula, anda perlu klik butang “Bayaran” pada skrin platform utama dan kemudian pergi ke menu “Pengeluaran”.

Ini akan membawa klien ke halaman pengeluaran yang terdapat bahagian untuk memasukkan jumlah wang yang klien ingin keluarkan. Kedua-dua baki jumlah akaun dan baki tersedia akaun dipaparkan. Perbezaan antara keduanya selalunya menandakan adanya bonus atau kredit untuk perdagangan bebas risiko.

Sebaik sahaja klien memasukkan jumlah untuk pengeluaran dan mengesahkannya, proses bermula untuk memindahkan wang tersebut secara langsung kepada akaun bank, kad bank, atau e-dompet yang digunakan untuk mendepositkan dana dalam akaun Olymp Trade klien.

Pengeluaran akan diproses dalam tempoh 5 hari atau kurang. Walaupun pengeluaran selalunya lebih cepat, Olymp Trade menetapkan parameter ini untuk bertanggungjawab atas mana-mana kelewatan transaksi.

 

Percepatkan Pengeluaran Anda

Seperti yang telah kita bincangkan tadi, kebanyakan daripada pengeluaran ini akan dilengkapkan dalam hanya 2 hari. Namun begitu, berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh para pedagang untuk mempercepatkan lagi pengeluaran.

1. Cara terbaik untuk meningkatkan kelajuan pengeluaran anda ialah dengan menaik taraf status pedagang anda kepada Advanced atau Expert.

Dengan status Advanced, pengeluaran anda adalah keutamaan tinggi, kebanyakannya selesai dalam 1 hari, dan juga manfaat lain, termasuk lebih banyak strategi, beberapa aset dengan kadar pulangan yang lebih tinggi, dan konsultasi bulanan percuma dengan juruanalisis peribadi.

Pedagang tahap Expert bukan sahaja mendapat keutamaan semasa pengeluaran, yang biasanya selesai dalam beberapa jam, pedagang Expert juga menerima pelbagai manfaat lain.

Antara manfaat ini adalah kadar pulangan yang lebih tinggi, komisen Forex yang lebih rendah, dagangan bebas risiko, had perdagangan yang lebih tinggi, konsultasi dengan juruanalisis kewangan peribadi untuk membincangkan strategi perdagangan dan banyak lagi. Anda boleh menjumpai maklumat lanjut tentang status di blog kami.

2. Gunakan e-dompet seperti Skrill atau Neteller untuk membuat deposit (dan seterusnya, pengeluaran) kepada akaun Olymp Trade anda. E-dompet ini bekerja secara langsung dengan Olymp Trade untuk menyediakan transaksi yang sangat cepat, yang mengelakkan wang anda daripada limbo pemindahan.

3. Dapatkan tahap “pengesahan” tertinggi dalam akaun anda menggunakan “pengesahan pihak ketiga” daripada Google atau perkhidmatan lain. Mempunyai tahap pengesahan tertinggi bermaksud Olymp Trade akan boleh memindahkan dana dengan kekangan masa yang kurang sementara mereka melalui protokol pengesahan standard.

 

Soalan Tambahan

Untuk membolehkan pedagang melakukan perkara yang dilakukan terbaik oleh pedagang iaitu berdagang, Olymp Trade telah mencipta satu set sumber untuk membantu klien dengan soalan berkaitan deposit dan pengeluaran. Di sini terdapat beberapa cara klien boleh mendapatkan jawapan atau penyelesaian kepada soalan-soalan mereka.

1. Seksyen Pengeluaran platform Olymp Trade termasuk sebuah Soalan Lazim terperinci untuk klien. Hampir semua isu tentang pemindahan wang boleh diselesaikan mengikut arahan dalam Soalan Lazim. Dengan jutaan klien dari seluruh dunia dan pengalaman bertahun-tahun, Olymp Trade mungkin sudah mengendalikan soalan anda sebelum ini dan dengan kerap.

 2. Perbualan Dalam Talian disediakan untuk semua klien Olymp Trade dan pakar sokongan teknikal bersedia untuk menjawab soalan anda dan membantu anda meneruskan urusan anda. Hanya tekan butang “Sokongan Perbualan” pada bahagian bawah skrin anda ketika berada dalam platform dan seseorang akan membantu anda dalam beberapa ketika.

3. Hubungi Sokongan Klien menggunakan salah satu daripada cara lain yang tersedia untuk klien. Halaman sokongan klien menyediakan cara tambahan untuk menghubungi Olymp Trade selain pilihan perbualan dalam talian. Pedagang boleh menghantar soalan menggunakan borang melalui e-mel dan meminta untuk dihubungi semula melalui e-mel atau juga telefon.

4. Pusat Bantuan kami mengandungi satu bahagian penuh yang khas tentang proses pengeluaran, dilengkapi panduan video. Di sana, anda akan menjumpai penerangan terperinci tentang cara untuk mengeluarkan wang, pilih sahaja topik yang paling menarik minat anda.

Secara tambahan, Olymp Trade menyediakan pelbagai nombor telefon yang klien boleh hubungi secara langsung melalui telefon.

Sekiranya anda mempunyai soalan dan tidak boleh menjumpai jawapannya dalam Soalan Lazim, pilih salah satu daripada pilihan lain dan Olymp Trade akan membantu menyelesaikan masalah anda. Lagipun, matlamat semua orang adalah untuk memastikan pedagang terus berdagang.

Related posts
FAQ

Status Starter: Soalan Lazim & Arahan Pantas

Status Starter merupakan titik permulaan dalam kerjaya pedagang. Ia tidak menawarkan banyak kelebihan, namun ia masih mempunyai rahsianya, yang akan kami kongsikan dengan anda...
FAQ

Akaun Pengguna yang Disekat di Olymp Trade

Pakar sokongan Olymp Trade sering ditanya mengenai sebab-sebab akaun pengguna mungkin disekat di platform. Dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda sebab-sebab akaun mungkin...
FAQ

Panduan Olymp Trade Login

Ini ialah artikel semua-dalam-satu untuk keperluan pendaftaran akaun, pengesahan dan pembiayaan anda. Lihat soalan yang paling lazim untuk setiap topik dan arahan langkah demi...