FAQ

Had Perdagangan: Segala Yang Anda Perlu Tahu

Apa Itu Had Perdagangan di Olymp Trade dan Mengapa Anda Perlu Menggunakannya


Risiko tidak dapat dielakkan dalam perdagangan, dan cara untuk mengurangkannya adalah antara beberapa perkara pertama yang harus difikirkan. Perkara yang sama boleh dikatakan tentang sebuah platform perdagangan yang ingin memastikan pengguna mereka kekal untuk jangka panjang. Had perdagangan ialah satu instrumen di Olymp Trade yang mencegah pedagang daripada kerugian wang.

Apa Itu Had Perdagangan

Pertama sekali, kita berbincang tentang erti had perdagangan. Had perdagangan ialah satu instrumen yang digunakan apabila situasi pasaran terlalu sukar untuk diramal oleh kami dan penyedia perkhidmatan kecairan untuk membuat unjuran. Ini bermakna transaksi anda boleh mempunyai hasil yang terlalu spontan, seterusnya mengakibatkan kerugian besar.

Untuk mencegah perkara ini, sistem pengurusan risiko kami mengenakan had pada jumlah pelaburan yang boleh digunakan untuk membuka satu posisi, untuk tempoh tertentu sehingga pasaran menjadi stabil. Dengan cara ini, wang anda adalah selamat sementara kami menunggu tempoh yang bergelora.

Anda boleh tahu jika terdapat had yang dikenakan pada akaun pedagang anda, di bawah tab Profil, atau di bahagian Profil dalam aplikasi mudah alih Olymp Trade.

Bagaimana Had Ini Digunakan

Sekiranya had dikenakan pada akaun anda, anda akan dimaklumkan menerusi mesej yang akan dipaparkan dengan jelas, supaya anda tahu jika ini berlaku.

Terdapat beberapa cara bagaimana had ini boleh dilaksanakan pada akaun anda:

  • Pada akaun secara keseluruhan — anda tidak akan dapat berdagang melebihi jumlah tertentu daripada akaun ini sehingga had dibatalkan;
  • Pada aset tertentu atau kumpulan aset — contohnya, anda tidak akan dapat membuka dagangan dengan jumlah yang melebihi had instrumen init;
  • Pada jenis dagangan tertentu — contohnya, anda hanya boleh menutup dagangan yang sedia ada tetapi bukan dagangan baharu;
  • Pada jumlah perdagangan — dengan cara ini, anda bebas untuk berdagang mana-mana aset, tetapi anda tidak boleh membuka transaksi melebihi nilai tertentu.

Seperti yang anda lihat, prinsipnya adalah mudah untuk difahami, dan kami boleh bertindak balas terhadap pelbagai situasi pasaran tanpa mengekang kegiatan perdagangan anda.

Cara Membatalkan Had

Maaf, tetapi anda tidak boleh membatalkan had secara manual setelah ia ditetapkan. Algoritma pengurusan risiko kami akan melakukannya selepas suatu tempoh masa (biasanya selepas 24 jam). Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan supaya sistem pengurusan risiko kami dapat mengurangkan had ini atau membatalkannya sama sekali:

  • Lengkapkan KYC anda — sahkan akaun anda;
  • Tukar tempoh dagangan pilihan anda;
  • Dagangkan aset lain buat sementara waktu;
  • Kurangkan jumlah pelaburan;
  • Buat deposit dan/atau tolak wang bonus;

Selain itu, ingat juga bahawa kebanyakan had di platform kami tidak melebihi 24 jam, walaupun dalam kes yang luar biasa ia boleh dilaksanakan selama beberapa hari.

Cara untuk Mengelakkan Had

Walaupun kadang kala pasaran tidak dapat diramalkan, terdapat beberapa peraturan yang boleh anda ikuti untuk mengelakkan had perdagangan pada akaun anda:

  • Sahkan akaun anda;
  • Buat dagangan yang lebih kecil, berkadar dengan baki keseluruhan anda;
  • Jangan salah guna program bonus kami;
  • Elakkan daripada mencipta berbilang profil perdagangan, terutamanya apabila anda kini boleh mencipta beberapa akaun di bawah satu profil.


Seperti yang boleh anda lihat, terdapat beberapa peraturan yang jelas dan mudah diikuti. Dengan cara itu, anda boleh mengurangkan risiko anda semasa berdagang dan mengelakkan sistem pengurusan risiko kami daripada mengenakan had pada akaun anda.

Kami berharap artikel ini telah menjawab beberapa soalan utama anda tentang had perdagangan Olymp Trade, mengapa ia wujud dan bagaimana ia berfungsi. Teruskan usaha, dan jangan ragu-ragu untuk bertanya soalan lain sekiranya ada.

Related posts
FAQ

5 Soalan Biasa Tentang Olymp Trade

Pedagang mempunyai banyak persoalan tentang Olymp Trade. Pada zaman perdagangan dalam talian ini, penting untuk mengetahui bahawa anda mempunyai broker yang boleh dipercayai...