Analysis

Cara untuk memulakan minggu ini: analitis dan ramalan — 25.01.2021

Analisis dan ramalan asas untuk masa depan


Earnings season sudah tiba!

 

Berita penting

Hari Rabu yang lalu menyaksikan peralihan kuasa kepada Presiden Biden dan permulaan baharu bagi Amerika yang terjejas dengan COVID-19, kadar pengangguran tinggi dan perjanjian perdagangan yang gagal sebelum ini. Biden telah menjanjikan pemulihan kesopanan, pengetahuan dan kebertanggungjawaban, yang bersama dengan pelan rangsangannya telah memberikan pelabur harapan untuk bulan-bulan yang akan datang.


EU dan UK masih jauh daripada perjanjian pasca-Brexi, dan sikap PM Johnson tidak meringankan ketegangan. Perdagangan antara blok tersebut dan UK telah diperlahankan dua kali ganda disebabkan sekatan COVID dan rundingan yang gagal.


IBM telah mencapai sasaran EPS (Perolehan Setiap Saham) mereka tetapi gagal mencapai unjuran hasil mereka dengan kekurangan sebanyak $300 juta. Jumlah jualan telah menurun buat suku tahunan yang keempat secara berturut-turut di tengah-tengah tekanan untuk menyelesaikan perjanjian perisian besar semasa pandemik.


Pelaporan Perolehan minggu ini merangkumi Johnson & Johnson, Boeing, McDonald’s, Tesla, Apple dan Starbucks. Johnson & Johnson mungkin menunjukkan perolehan yang lebih rendah daripada unjuran. McDonald’s, Tesla dan Apple mungkin menerima dorongan positif. Manakala Boeing dan Starbucks akan bergantung pada sama ada mereka mencapai sasaran sepersetujuan untuk Perolehan Setiap Saham (EPS).


Dalam perbicaraan Senat Australia pada hari Jumaat, Google telah mengancam untuk menjadikan enjin cariannya tidak tersedia di Australia dan Facebook telah menegaskan ancamannya untuk menyekat pengguna daripada menyiarkan pautan kepada berita sekiranya kerajaan tersebut meluluskan undang-undang yang akan memaksa syarikat teknologi membayar untuk kewartawanan yang dikongsi di platform mereka.

 

Pecahan asas

Netflix

Netflix telah melangkaui 200 juta pelanggan, pencapaian baharu bagi perkhidmatan penstriman ini. Tahap keyakinan adalah tinggi memandangkan syarikat ini berjaya mencapai kejayaan yang besar dengan kandungan asal semasa pandemik.

Procter & Gamble

Procter & Gamble telah melaporkan perolehan terlaras pada $1.64 setiap saham yang ternyata melebihi jangkaan penganalisis pada $1.51 setiap saham untuk Q2 ‘21. Harapan adalah tinggi kerana pengguna memborong produk pembersihan dan kosmetik semasa pandemik koronavirus.

Boeing

Boeing telah menetapkan sasaran yang hebat untuk melanjutkan kelestarian jangka panjang penerbangan komersial, bersedia untuk menggantikan bahan api jet petroleum dengan bahan api lestari 100% untuk pesawat komersialnya sebelum tahun 2030 bagi mengatasi cabaran genting perubahan iklim.

 

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 31.10.2019

Seorang pegawai Rumah Putih yang tidak diketahui namanya berkata bahawa perjanjian antara negara China dengan Amerika Syarikat mungkin tidak bersedia untuk ditandatangani bulan...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 01.12.2020

Wakil-wakil negara pengeksport minyak sedang bersedia untuk meningkatkan jumlah pengeluaran minyak mentah disebabkan pengeluar minyak syal Amerika
Blog rasmi Olymp Trade