Analisis Fundamental

Cara untuk Berdagang di Olymp Trade Semasa Earnings Season

Untung dengan laporan keuntungan suku tahun syarikat terbesar


Tidak kira keajaiban yang dilaksanakan oleh bahagian pemasaran dan rancangan yang dikongsi oleh pengurus kanan, laporan pendapatan suku tahun adalah bukti kejayaan sebuah syarikat. Itulah fungsi ‘earnings season’. Itulah sebabnya hasil kewangan suku tahun digunakan untuk menilai keadaan pelaburan jangka panjang dan perdagangan jangka pendek.

Earnings Season baharu bermula pada April 2021. Artikel kami akan membantu anda ketahui apa itu musim pendapatan, bila ia bermula, tempohnya dan cara memanfaatkannya.

 

Bilakah Earnings Season 2021?

Syarikat menerbitkan laporan pendapatan mereka selepas akhirnya suku tahun kewangan. Earning seasons boleh berlangsung selama kira-kira dua bulan. Puncak penerbitan jatuh pada Januari, April, Julai dan Oktober. Namun, beberapa syarikat boleh melaporkan hasil kewangan suku tahun pada waktu lain juga.

 

Peluang untuk Pedagang

Setiap Earnings Season membolehkan pedagang memanfaatkan perubahan dalam pasaran. Penerbitan laporan prestasi, bergantung pada hasil, boleh mendorong harga naik atau turun. Ini menghasilkan tempoh peluang apabila ketidaktentuan adalah tinggi.

Tempoh ini berlangsung selama 1-2 hari selepas penerbitan laporan dan merupakan peluang hebat untuk pedagang menghasilkan lebih banyak keuntungan pada perubahan harga sebelum pasaran kembali seimbang.

 

Kalendar Pendapatan Q2 Kewangan

Jadual ringkasan ini menyediakan maklumat tentang tarikh dan waktu pelaporan suku kedua (Q2). Perhatikan sebutan BMO dan AMC — ia akan menunjukkan masa tepat untuk membuka dagangan.

BMO (Before Market Open) (Sebelum Pasaran Buka) bermaksud laporan akan diterbitkan sebelum sesi perdagangan A.S. dibuka – iaitu, sebelum 13:30 UTC. Dalam kes ini, pasaran akan bertindak balas kepada berita pada hari yang sama.

AMC (After Market Close) (Selepas Pasaran Tutup)  bermaksud laporan akan diterbitkan selepas sesi perdagangan A.S. ditutup (selepas 20:00 UTC), ini bermakna reaksi pedagang akan hanya akan dilihat pada hari berikutnya.

Di Olymp Trade, anda boleh membuat dagangan untuk saham 35 syarikat dalam mod Forex dan 17 syarikat dalam mod FTT.

Untuk kemudahan anda, kami telah menyediakan kalendar Earnings Season untuk April-Julai 2021. Perhatikan bahawa ia hanya mengandungi nama syarikat yang mana anda boleh dagangkan di Olymp Trade.

Syarikat Tarikh Masa
JPMorgan Chase 14.04 BMO
Goldman Sachs 14.04 BMO
Morgan Stanley 16.04 BMO
Netflix 19.04 AMC
IBM 19.04 AMC
Coca-Cola 19.04 BMO
Procter & Gamble 20.04 BMO
Johnson & Johnson 20.04 BMO
Chevron 23.04 BMO
3m 27.04 BMO
Starbucks 27.04 AMC
eBay 27.04
Novartis 27.04 BMO
Google 28.04 AMC
Facebook 28.04
Boeing 28.04 BMO
Caterpillar 29.04 BMO
Microsoft 29.04 AMC
Amazon 29.04
Twitter 29.04 AMC
Baidu 29.04
Exxon Mobil 30.04 BMO
Alibaba 30.04 BMO
AMD 04.05
Mastercard 04.05
Apple 04.05
Tesla 05.05 AMC
Mcdonalds 05.05 BMO
Nintendo 05.05 AMC
Visa 06.05 AMC
BMW 07.05 BMO
Disney 13.05 AMC
NVidia 13.05 AMC
Cisco 19.05 AMC
Slack 04.06
Oracle 23.06
Nike 01.07

Syarikat boleh mengubah tarikh dan masa penerbitan laporan. Itulah sebabnya kami mencadangkan supaya anda memeriksa masa terbitan sendiri menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh yahoo.finance. Anda juga boleh bergantung pada maklumat yang anda akan terima daripada Olymp Trade menerusi beberapa saluran tertentu.

 

Bagaimana Olymp Trade Menghasilkan Laporan Tentang Earnings Season?

Pastikan untuk periksa peti masuk anda: setiap hari Jumaat, kami akan menghantar laporan suku tahun yang dijadualkan untuk minggu tersebut – supaya anda membuat persediaan awal untuk perdagangan saham tertentu.

Platform dan aplikasi mudah alih juga akan menghantar pemberitahuan satu hari sebelum penerbitan laporan pendapatan. Earnings Season yang akan berlaku ialah sebab yang sempurna untuk menghidupkan pemberitahuan telefon pintar anda.

Jangan terlepas stories kami. Anda akan melihat cebisan nasihat pakar apabila anda log masuk ke platform, tetapi anda juga boleh mengakses kesemuanya menerusi menu “Lagi”.

Selain itu, kami akan meliputi acara pada akaun rasmi kami di Facebook dan Instagram. Pastikan anda ikuti halaman ini!

 

Penunjuk Laporan Yang Penting

Seperti yang telah anda fahami, laporan pendapatan suku tahunan ialah dokumen yang penting. Tetapi apakah penunjuk yang harus diberi tumpuan terlebih dahulu?

  • Pendapatan per saham (EPS) ialah pengukur pendapatan setiap 1 saham. Ia dianggap sebagai penunjuk utama prestasi suku tahunan sebuah syarikat. Sebagai peraturan, syarikat kewangan besar menerbitkan ramalan konsensus mengenai penunjuk ini. Sekiranya data sebenar adalah lebih tinggi, permintaan untuk saham ini meningkat secara mendadak, dan pedagang mempunyai lebih banyak peluang untuk menghasilkan keuntungan daripada trend jangka pendek tetapi kuat ini.
  • Pendapatan ialah pendapatan yang diperoleh oleh syarikat daripada menjual barangan dan perkhidmatan. Pendapatan menunjukkan bahawa sebuah syarikat boleh menjana aliran tunai. Syarikat juga menerbitkan ramalan konsensus mengenai penunjuk ini.
  • Ramalan adalah maklumat yang sangat penting untuk pelabur. Rancangan bercita-cita sebuah syarikat untuk berkembang ke wilayah baharu atau mencapai segmen pasaran baharu boleh menjana minat dalam sahamnya.

Walaupun terdapat lebih banyak penunjuk ekonomi yang penting, anda harus tahu konsep perdagangan asas semasa musim pelaporan: jangkaan pasaran sentiasa dinyatakan dalam ramalan konsensus. Jika keputusan lebih tinggi, saham syarikat mempunyai peluang yang lebih baik untuk meningkat. Tetapi jika di bawah jangkaan, harga saham mungkin jatuh.

Adakah anda ingin tahu lebih lanjut tentang perdagangan saham dan penunjuk asas sebuah syarikat? Baca di blog kami.

 

Bagaimana Untuk Berdagang Di Olymp Trade Semasa Earnings Season?

Cara perdagangan yang paling berkesan semasa Earnings Season adalah dengan menggunakan cadangan yang kami berikan. Cari Kalendar Pendapatan, tunggu sehingga laporan diterbitkan, dan buka dagangan dengan aset yang berkenaan. Anda akan mempunyai satu hari untuk memanfaatkan gelombang ini.

Tetapi bagaimana untuk meneka arah trend? Jangan risau, kami uruskan juga. Kami akan menganalisa laporan untuk anda dan berikan isyarat kepada anda tentang arahnya dalam stories kami. Itulah sebabnya penting untuk anda menghidupkan pemberitahuan sebelum musim bermula, kerana ini adalah penting untuk kejayaan anda.


Pedagang yang berjaya harus menguasai lebih daripada analisis teknikal. Tindakan betul semasa Earnings Season juga adalah kemahiran penting yang anda boleh menambah baik di platform Olymp Trade. Semoga berjaya!

Related posts
Analisis Teknikal

Panduan Mudah Analisis Teknikal

Asas analisis teknikal, belajar untuk mentafsir carta, mencari dan menggunakan garisan trend, dan menggunakan tahap sokongan dan rintangan. Bina kemahiran anda dengan dasar...
Psikologi

Kejayaan awal: rakan atau musuh?

Adakah anda tahu parti mana yang paling bercita-cita tinggi dalam pasaran kewangan? Sudah tentu pedagang baru. Anda boleh mencari cita-cita mencapai 100 atau bahkan 200 peratus...