Analysis

Cara Memulakan Minggu Ini: Analitis dan Ramalan — 29.03.2021

Analisis asas dan ramalan untuk masa depan


Satu kapal untuk menghalang kesemuanya, sekatan lalu lintas berterusan di Terusan Suezl.

 

Perlu tahu

Semangat perniagaan di Jerman lebih tinggi pada bulan ini berbanding hampir dua tahun yang lalu, kerana permintaan untuk barang pengeluaran meneruskan aktiviti kilang di ekonomi terbesar Eropah walaupun berhadapan pandemik dan sekatan perintah berkurung. Institusi Ifo berkata indeks iklim perniagaannya melonjak ke 96.6, bacaan tertinggi sejak Jun 2019, dari perubahan naik 92.7 di Februari. Jerman bersedia menjadi sinar harapan krisis ekonomi akibat pandemik.


Belanjawan tertinggi Jepun bernilai hampir $1 trilion untuk tahun fiskal berikutnya telah diluluskan oleh parlimen pada hari Jumaat, menimbulkan spekulasi mengenai perbelanjaan lebih tinggi sebagai tindak balas kepada pandemik coronavirus. Belanjawan 106.6 trilion yen ($976 bilion) untuk tahun dari 1 April menampilkan 5 trilion yen untuk perbelanjaan kecemasan berkenaan pandemik, berikutan 3 pakej COVID-19 dengan jumlah keseluruhan $3 trilion telah dilancarkan untuk tahun fiskal ini.


Dolar bertahan hampir pada tahap tertinggi sejak November berbanding kebanyakan mata wang utama pada hari Jumaat, disokong oleh harapan daripada data ekonomi A.S. yang bertambah baik dan ketersediaan vaksin coronavirus. Tuntutan pengangguran A.S. jatuh ke tahap terendah sejak satu tahun pada minggu lalu dan Presiden Joe Biden berkata beliau akan menggandakan rancangan vaksinasi selepas mencapai matlamat sebelum ini iaitu 100 juta suntikan 42 hari sebelum masa terjadual, kedua-dua berita ini menyokong pergerakan positif dolar.


Jualan runcit Birtish telah kembali pulih pada Februari, didorong oleh pembelian perabot luar rumah daripada konsumer dalam perintah berkurung, sebagai persiapan untuk pesta taman kecil dan pasangan yang tidak merancang untuk ke restoran sebaliknya membeli makan malam Hari Valentine dari luar.


Sebuah kontena yang tersekat di Terusan Suez, yang menghalang aliran barangan melalui terusan sempit ini menambah tegangan pada rangkaian bekalan global yang sudah pun menerima tekanan daripada aktiviti ekonomi yang melantun semula dan bekalan kontena perkapalan yang berkurangan. Usaha sedang dilakukan untuk membebaskan kapal ini, walaupun demikian pihak pakar memberi amaran yang proses ini boleh mengambil masa beberapa minggu.

 

Pecahan asas

IBM

IBM dan Raise Green, pasaran pelaburan impak untuk projek tenaga bersih mengumumkan kolaborasi untuk membangunkan penyelesaian perisian Raise Green yang dilancarkan menggunakan Red Had OpenShift di IBM Cloud, bertujuan untuk memperkasakan mana-mana usahawan untuk memulakan perniagaan tenaga solar komuniti tersendiri. Hari ini menandakan pelancaran versi Beta Originator Engine, berikutan pelancaran pertama yang diumumkan tahun lepas.

Apple

Apple telah memohon paten untuk sensor tilam futuristik yang dapat memantau tidur orang dan kemudian membangunkan mereka dengan perlahan di waktu pagi. Pengeluar iPhone ini sedang mengusahakan “peranti haptik dalam-katil”, menurut rekod fail, yang akan dimasukkan ke dalam katil di atas tilam sebelum mereka masuk tidur.

Johnson & Johnson

Colombia telah meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 satu suntikan daripada Johnson & Johnson, menurut INVIMA pengarah kawal selia makanan dan perubatan.
Related posts
Analysis

Berita Mingguan 10.03.2020—13.03.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Blog rasmi Olymp Trade