Analysis

Cara memulakan minggu ini: analitis dan ramalan — 1.02.2021

Analisis dan ramalan asas untuk masa depan


Pelabur “runcit” kecil melakukan pergerakan besar pada minggu lalu.

 

Mesti tahu

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. telah mencampur tangan dalam perlawanan antara pelabur kecil dengan dana lindung nilai Wall Street pada hari Jumaat, memberi amaran kepada kedua-dua brokeraj dan kumpulan pedagang media sosial bahawa mereka sedang memantau ketat sebarang kemungkinan salah laku. Pelabur kecil telah menyedari kuasa mereka dalam pasaran dan boleh memulakan lonjakan pembetulan pasaran baharu kerana kehendak orang ramai akan ditunjukkan dalam masa nyata.


Harga minyak telah meningkat tetapi didagangkan dalam julat yang ketat kerana kebimbangan permintaan yang disebabkan oleh varian koronavirus baharu dan pengenalan vaksin yang perlahan yang telah mengimbangi pengurangan dalam bekalan minyak Arab Saudi dan penurunan inventori minyak A.S. Sekatan pergerakan akan terus mengekang permintaan dalam jangka masa pendek.


Perbelanjaan pengguna A.S. telah jatuh untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Disember di tengah-tengah sekatan perniagaan yang diperbaharui untuk memperlahankan penyebaran COVID-19 dan penamatan tempoh sementara manfaat pembiayaan kerajaan kepada berjuta-juta orang Amerika yang menganggur.  Walaupun terdapat pentadbiran baharu, keadaan rakyat tidak menampakkan perubahan yang besar dan AS boleh menjangkakan kesusahan yang berterusan.


Penggubal undang-undang EU, yang sedang bersiap sedia untuk mengekang kuasa gergasi teknologi A.S., telah memberitahu Amazon, Apple, Facebook dan Alphabet bahawa mereka bersedia untuk menangguhkan sidang dengar yang dicadangkan pada 1 Feb selama dua bulan. Pengawal selia antitrust EU mahu keempat-empat syarikat tersebut menamatkan amalan perniagaan yang bertujuan mengukuhkan dominasi mereka dan menyekat pesaing yang lebih kecil serta melakukan usaha yang lebih besar untuk mengeluarkan kandungan yang haram dan bahaya di platform mereka jika tidak ingin membayar denda yang besar.

 

Pecahan asas

Microsoft

Menurut data terkini, MSFT telah mendapat pulangan sebanyak 4.71% setakat ini pada tahun ini. Sementara itu, sektor Komputer dan Teknologi telah mendapat pulangan dengan purata sebanyak 4.42% setakat ini pada tahun ini. Hal ini bermaksud bahawa Microsoft telah melebihi jangkauan seluruh sektor pada tahun ini.

Facebook

Facebook Inc berkata pada hari Jumaat bahawa mereka akan mula membangunkan “kawalan pengecualian topik” di platformnya tidak lama lagi untuk memberikan pengiklan keupayaan yang lebih besar untuk menyingkirkan kandungan jenis tertentu daripada muncul di sebelah iklan mereka. Perkara ini dilakukan selepas syarikat-syarikat termasuk Coca-Cola Co dan Starbucks Corp memboikot Facebook pada bulan Julai kerana tidak berusaha sedaya upaya untuk mengekang ucapan benci di lamannya berikutan kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam Amerika, dalam tahanan polis.

Boeing

Boeing telah mendapat lesen daripada kerajaan A.S. untuk menawarkan jet pejuang F-15EX kepada tentera udara India, kata seorang eksekutif kanan pada hari Khamis.

 

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 30.03.2020–03.04.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analisis 4.06.2020

Kadar pengangguran Jerman meningkat daripada 6.2% kepada 6.3% dalam bulan Mei tetapi pemulihan aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan membantu euro untuk tetap bertahan.