Analysis

Berita, Trend dan Analitis 31.08.2021

Sentimen Eropah semakin muram

Hari ini tumpuan ialah pada skandal Alibaba, undang-undang teknologi di Australia dan sentimen Zon Euro.

 

Kalendar

7:55 UTC

Perubahan Pengangguran Jerman untuk bulan Ogos akan dikeluarkan. Ramalan: -40 ribu. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, DAX mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: DAX, EURO STOXX 50


9:00 UTC

CPI Zon Euro (YoY) untuk bulan Ogos akan diterbitkan. Ramalan: 2.7%. Jika keputusan lebih rendah daripada yang dijangka, EUR mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: EUR/CAD, EUR/AUD, EUR/JPY


12:30 UTC

GDP Kanada (MoM) untuk bulan Jun akan diumumkan. Ramalan: 0.7%. Jika data lebih tinggi daripada ramalan, CAD mungkin melihat tekanan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/CAD, CAD/CHF, CAD/JPY


14:00 UTC

Laporan Keyakinan Konsumer CB AS untuk bulan Ogos akan dikeluarkan. Ramalan: 124.0. Jika laporan adalah di bawah jangkaan, USD mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: NZD/USD, USD/MXN, USD/TRY

 

Berita

Alibaba Group Holding Ltd melepaskan 10 perkerja kerana mempublisitikan pengalaman seorang rakan kerja wanita tentang tuduhan gangguan seksual ke atas bekas pengurus. Mempengaruhi Alibaba


Sentimen ekonomi Zon Euro telah berkurang lebih daripada yang dijangka pada bulan Ogos daripada rekod tertinggi pada bulan Julai, mengalami kemerosotan mendadak dalam optimisme di Perancis dan Belanda, manakala jangkaan harga penjualan dalam industri mencapai puncaknya, menandakan tekanan inflasi. Mempengaruhi EUR


Kerajaan Australia mempertimbangkan undang-undang baharu yang akan mengetatkan pengawalan perkhidmatan pembayaran digital daripada syarikat teknologi besar seperti Apple dan Alphabet Google. Mempengaruhi  Affects Apple & Google


McDonald’s dan beberapa restoran makanan segera AS akan menutup kawasan tempat duduk dalam bangunan atau mengehadkan jam operasi kerana penyebaran varian Delta COVID-19, menurut beberapa cawangan. Mempengaruhi McDonald’s


Inflasi harga konsumer tahunan Jerman melonjak untuk mencapai ketinggian sejak 13 tahun pada bulan Ogos, berdasarkan data pada hari Isnin, menggariskan tekanan harga yang semakin meningkat apabila ekonomi terbesar Eropah pulih daripada pandemik dan syarikat-syarikat bergelut dengan kekurangan bekalan. Mempengaruhi EUR

 

Analisis Teknikal

EUR/USD

Ekonomi AS terus bersemangat untuk berusaha mencari yang normal baru, walaupun ketakutan terhadap langkah-langkah COVID-19 baru semakin meningkat. Zon Euro telah menyaksikan keyakinan pengguna merosot dalam ekonomi terbesarnya kerana kebimbangan mengenai varian Delta mengekang harapan untuk membuka dan kembali kepada normal.

Pasangan ini didagangkan dalam zon rintangan yang ketat, dan harga mungkin jatuh sekali lagi.

McDonald’s

Walaupun harga mengalami trend ke arah bawah sekarang, harga mungkin memantul ke atas daripada tahap sokongan.

Gold

Logam ini telah mengalami trend naik yang perlahan dan berkemungkinan berterusan selepas sedikit tarikan balik.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 06.11.2020

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang lalu, Bank of England telah mengekalkan kadar faedah bank dan menyatakan pelan bank itu untuk menyokong ekonomi.
Analysis

Berita Mingguan 27.04.2020-01.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...