Analysis

Berita, Trend & Analitis 28.04.2021

Potongan Minyak Bakal Berakhir

Hari ini tumpuan adalah pada dasar Rizab Persekutuan, pendapatan saham teknologi, dan OPEC+ meningkatkan pengeluaran minyak.

 

Kalendar

01:30 UTC

Biro Statistik Australia akan mengeluarkan penilaian suku tahunan indeks Harga Konsumer. Ramalan: 0.9%. Jika keputusan lebih rendah daripada ramalan, AUD mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: GBP/AUD, AUD/CAD, AUD/USD


12:30 UTC

Pengeluaran penilaian Jualan Runcit Teras Kanada bulanan. Ramalan: 3.7%. Jika keputusan lebih tinggi daripada ramalan, CAD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/CAD, CAD/CHF, CAD/JPY


14:30 UTC

Pentadbiran Maklumat Tenaga A.S. mengeluarkan laporan Inventori Minyak Mentah mingguan. Ramalan: 0.375 juta. Jika keputusan lebih rendah daripada ramalan, Brent mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: Brent

 

Berita

3M memaklumkan tentang kos yang lebih tinggi kerana gangguan rantaian bekalan. Mempengaruhi 3M


OPEC+ mengesahkan rancangan untuk mengurangkan potongan minyak dari 1 Mei. Mempengaruhi Brent


Tesla melebihi jangkaan Wall St untuk hasil suku tahun pertama dengan margin kecil, melonjakkan hasil dengan kredit alam sekitar. Mempengaruhi Tesla


Dolar A.S. berdagang melebihi tahap rendah mingguan kerana para pelabur menantikan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan. Mempengaruhi USD


Ketika laporan pendapatan mengalihkan tumpuan pelabur kepada syarikat teknologi, S&P 500 dan NASDAQ membuka lebih tinggi daripada biasa. Mempengaruhi NASDAQ

 

Analisis Teknikal

NASDAQ

Walaupun NASDAQ merupakan indeks yang mengandungi pelbagai syarikat teknologi besar, ia terutamanya dipengaruhi oleh tempoh syarikat-syarikat ini mengeluarkan laporan prestasi mereka, lebih-lebih lagi oleh keputusan kewangan yang dilaporkan oleh syarikat ini.

Kita dapat melihat kemerosotan mendadak yang akan berterusan sehingga indeks kembali ke tahap sebelum “earnings” dengan pembetulan kecil sepanjang jalan.

Brent

Brent pada masa ini menaik dengan stabil tetapi menunjukkan tanda-tanda pembentukan saluran harga baharu di masa depan terdekat.

EUR/CHF

Pasangan mata wang ini menunjukkan kadar perubahan yang tinggi pada hari ini, dengan kemerosotan dan kenaikan mendadak, walaupun arah keseluruhan pergerakan adalah jelas menurun.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analisis 12.06.2019

Ketidakpastian Brexit mungkin tidak menghentikan Bank of England (BoE) daripada menaikkan kadar faedah, manakala Fed mengatakan ia tidak mengesahkan langkah seterusnya dalam iklim...
Analysis

Berita, Trend, Analitis 22.11.2019

Dua undang-undang yang bertujuan untuk melindungi pembantah di Hong Kong telah diluluskan di Amerika Syarikat. Pegawai Cina mengutuk tindakan Washington.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 06.02.2020

Surat khabar China, Changjiang Daily berkata tentang kejayaan para saintis dalam melawan koronavirus. Berita itu menyebabkan lonjakan harga minyak.