Analysis

Berita, Trend & Analitis 27.08.2021

Sentimen Jerman Semakin Turun

Hari ini tumpuan ialah pada pertumbuhan di Jepun, harga minyak yang menurun dan penduduk Jerman yang bimbang

 

Kalendar

14:00 UTC

Pengerusi Fed AS Powell akan memberi ucapan awam. Kenyataannya akan diperhatikan oleh pedagang di seluruh dunia dan mungkin mempengaruhi USD.

Aset untuk didagangkan: USD/MXN, USD/CAD, USD/NOK

 

Berita

Harga yang dikenakan oleh syarikat Jepun untuk setiap perkhidmatan menaik untuk bulan kelima berturut-turut pada bulan Julai, berdasarkan data hari Khamis, satu petunjuk bahawa ekonomi sedang kukuh walaupun menerima hentaman kes COVID-19 dan sekatan untuk melawan pandemik ini. Mempengaruhi JPY


Saham Eropah semakin menurun pada Khamis selepas data yang menggariskan semangat konsumer semakin pudar kerana peningkatan kes COVID-19, sementara kebimbangan tentang ramalan dasar kewangan menjejaskan lagi keadaan. Mempengaruhi Euro Stoxx 50


Harga minyak menurun pada hari Khamis untuk sesi pertama minggu ini kerana kebimbangan baharu tentang permintaan di tengah-tengah jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat menamatkan rali tiga-hari, dan kerana Mexico menyambung semula sebahagian daripada pengeluaran minyak. Mempengaruhi Brent


Mood di kalangan konsumer Jerman semakin mendung menuju ke September kerana inflasi yang meningkat dan peningkatan kes COVID-19 menyebabkan mereka teragak-agak untuk membuat pembelian, berdasarkan tinjauan pada hari Khamis. Mempengaruhi EUR


China mengekalkan “komunikasi normal” dengan Amerika Syarikat mengenai perdagangan, kata kerajaan China pada hari Khamis, salah satu dari beberapa bidang yang dua negara terbesar di dunia menahan diri untuk tidak saling berhadapan tahun ini.

Mempengaruhi S&P 500

 

Analisis Teknikal

EUR/CHF

Zon Euro melihat sentimen di wilayah ini dan Jerman semakin turun kerana kebimbangan COVID-19 masih dirasai. Ini telah menjejaskan pasaran saham dan mungkin menjejaskan mata wang dengan teruk.

Pasangan menunjukkan Three White Knights tetapi mungkin gagal semasa menghadapi zon rintangan.

Netflix

Harga sedang didagangkan dalam saluran dan ia memerlukan momentum yang serius untuk menembusi sempadan atas.

Visa

Syarikat kredit ini mengalami penurunan dan trend ini nampaknya akan berterusan.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 29.07—02.08.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...