Analysis

Berita, Trend & Analitis 22.06.2021

Ini Musim Panas Untuk Minyak

Hari ini tumpuan ialah pada pengetatan di Kanada, tindakan China ke atas kripto dan Minyak terapung pada tahap tinggi.

 

Kalendar

14:00 UTC

Data untuk Jualan Rumah Sedia Ada A.S untuk bulan Mei akan diterbitkan. Ramalan: 5.72M. Jika keputusan lebih rendah daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/CAD, GBP/USD, EUR/USD

 

Berita

Dengan peningkatan perbelanjaan fiskal dan isi rumah semakin banyak wang tunai, pelabur bertaruh bahawa kitaran pengetatan Bank of Canada yang seterusnya, dijangka bermula pada tahun 2022, akan mengakibatkan peningkatan kadar faedah melebihi puncak sebelumya untuk pertama kali sejak beberapa dekad. Mempengaruhi CAD


Harga minyak meningkat pada hari Isnin, disokong oleh permintaan kuat semasa musim memandu musim panas hemisfera utara dan penangguhan perbincangan untuk memulakan semula perjanjian nuklear Iran yang mungkin menyebabkan penerusan bekalan minyak mentah daripada pengeluar OPEC tersebut. Mempengaruhi Brent


Pegawai bank pusat utama Britain akan tetap berpecah minggu ini tentang sama ada untuk mematikan program pembelian bon kerajaan bernilai 875 bilion paun ($1.2 trillion) selepas inflasi mencapai tahap tertinggi sejak dua tahun. Mempengaruhi GBP


Bank pusat China berkata pada hari Isnin ia telah mengarahkan beberapa bank dan institusi pembayaran baru-baru ini, supaya mereka meningkatkan usaha pengawalan terhadap perdagangan mata wang kripto. Mempengaruhi Bitcoin


Amazon.com Inc akan menghadapi cabaran daripada peruncit besar semasa promosi Prime Day tahunan mereka, apabila lebih banyak peniaga turut menumpang acara jualan dalam talian berbilion dolar ini. Mempengaruhi Amazon

 

Analisis Teknikal

Brent

Harga minyak merata selepas mencapai ketinggian baru berkat kepada negara-negara yang dibuka semula dan hemisfera utara menambah permintaan apabila pemandu memulakan perjalanan di jalan raya. Perbincangan dengan Iran semakin perlahan, yang meningkatkan kebimbangan tentang kecairan pasaran.

Brent menjumpai tahap sokongan baru pada kira-kira 72.278. Harga mungkin mengujinya, tetapi tidak berkemungkinan untuk menembusinya.

GBP/CAD

Pasangan ini menguji tahap rintangan kira-kira 1.7223 dan mungkin melepasinya.

GBP/CHF

Pasangan ini menguji tahap rintangan dengan trend menaik yang mungkin mendorongnya melebihi batasan ini tidak lama lagi.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 22.06.2020–26.06.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 18.09.2020

Mesyuarat terakhir Bank of England tentang dasar monetari berakhir dengan pengekalan kadar faedah semasa, walau bagaimanapun, pengawal selia meningkatkan perbincangan tentang...