Ulasan Harian

Berita, Trend & Analitis 21.04.2021

Syarikat Teknologi Besar Diperhatikan

Hari ini tumpuan ialah pada optimisme vaksin Eropah, perjanjian manis Boeing dan kemajuan A.S. dalam pemvaksinan.

 

Kalendar

6:00 UTC

Pejabat Statistik Nasional British menerbitkan Indeks Harga Konsumer tahunan. Ramalan: 0.8%. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, GBP akan menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: GBP/USD, EUR/GBP, GBP/CHF


12:30 UTC

Statistik Kanada menerbitkan keputusan Indeks Harga Konsumer Teras bulanan di Kanada. Tiada Ramalan. Sebelum ini:0.3%. Jika data lebih tinggi daripada nilai anggara, CAD akan menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: AUD/CAD, CAD/CHF, USD/CAD


14:30 UTC

Pentadbiran Maklumat Tenaga A.S. menerbitkan penilaian mingguan inventori Minyak Mentah A.S. Ramalan: -2.86 juta. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, Brent akan menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: Brent

 

Berita

Dubai Aerospace memesan 15 pesawat Boeing 737 MAX. Mempengaruhi Boeing


Ketika “earnings season” berterusan, para pelabur menoleh perhatian daripada indeks Wall St. utama kepada syarikat teknologi besar. Memepengaruhi NASDAQ


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. (CDC) melanjutkan kelayakan vaksin COVID-19 kepada usia 16 tahun dan ke atas. Mempengaruhi Johnson & Johnson


Facebook mendedahkan produk audio akan datang untuk bersaing dengan media sosial popular “Clubhouse”. Mempengaruhi Facebook


Oleh kerana program vaksin Eropah melihat hasilnya, pasaran memandang ke arah masa depan dengan optimis. Mempengaruhi EUR

 

Analisis Teknikal

Boeing

Boeing, bersama dengan syarikat aeroangkasa lain, terjejas oleh COVID-19 dan perintah berkurung yang diikutinya. Bahkan data optimistik terkini tentang vaksinasi tidak mencukupi untuk menamatkan kemerosotan ini.

Di sini, kita dapat melihat Boeing mengikut trend turun, dengan penurunan mendadak di hujung. Kami menjangka trend ini untuk berterusan dalam jangka pendek.

Johnson & Johnson

Saham ini mengikuti trend naik yang stabil, menerusi kenaikan baru-baru ini ia akan mencetuskan pembetulan harga pada masa terdekat.

Google

Google mengikuti saluran harga yang semakin sempit dan berkemungkinan menembusinya ke arah menaik.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analisis 18.07.2019

Tumpuan pada Libra telah menyebabkan penurunan dalam pasaran mata wang kripto. Anggota kongres memutuskan untuk mengkaji sebuah projek yang dimiliki oleh Facebook.
Analysis

Berita, Trend & Analisis 09.08.2019

Selepas kejatuhan besar dalam harga minyak, negara pengeksport minyak (OPEC) dijangka mengurangkan jumlah pengeluaran. Sekiranya ini tidak berlaku, harga boleh jatuh lagi.
Blog rasmi Olymp Trade