Analysis

Berita, Trend & Analitis 13.08.2021

Pasaran Buruh A.S. Bertambah Baik

Hari ini tumpuan ialah pada laporan Komitmen Pedagang  yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perdagangan Futures Komoditi tentang pelbagai aset daripada A.S. UK dan Jepun.

 

Kalendar

06:45 UTC

CPI Bulanan Perancis untuk bulan Julai akan dikeluarkan. Ramalan: 0.1% Jika data lebih tinggi daripada yang dijangka, EUR mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, EUR/GBP, EUR/CAD


14:00 UTC

Indeks Sentimen Konsumer Michigan A.S. untuk bulan Ogos akan dikeluarkan. Ramalan: 85.0% Jika data lebih tinggi daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: GBP/USD, EUR/USD, USD/JPY

 

Berita

Harga pengeluar di A.S. dilaporkan telah melonjak lebih 1% pada bulan Julai. Ini bermaksud pertumbuhan tahunan 7.8%, yang paling cepat dalam rekod. Mempengaruhi USD


Bank of England dan Bank of France menyatakan kebergantungan pada perkhidmatan pengkomputeran awan yang disediakan oleh beberapa syarikat seperti Amazon dan Microsoft. Mereka merancang untuk mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko berkaitan dengannya.Mempengaruhi Amazon


Jabatan Tenaga A.S. menganugerahkan $2 juta kepada Nikola untuk penyelidikan berkaitan dengan stesen pengisian bahan bakar autonomi berasaskan hidrogen. Tesla ialah pesaing langsung Nikola. Oleh itu, Tesla pasti tidak gembira tentang ini. Mempengaruhi Tesla


Perebakan virus di Australia dilaporkan telah melebihi gelombang sebelumnya sejak permulaan pandemik ini. Mempengaruhi AUD

 

Analisis Teknikal

Tesla

Kekurangan cip dalam industri EV telah menjadi fokus perbincangan. Ini boleh dilihat dalam pertukaran komen antara Elon Musk dan Cathie Wood daripada Ark Innovation.

Berdasarkan perkara ini, kami menjangka harga saham Tesla untuk bergerak sekitar $700. Selepas kemungkinan penurunan di bawah tahap ini, kami masih percaya saham ini akan teruskan trend naik  yang ditunjukkan pada carta.

Gold

Kebimbangan berkaitan virus berkemungkinan akan terus menyediakan sokongan kepada harga emas. Oleh itu, kami percaya ia akan naik ke arah tahap rintangan $1,800.

USD/JPY

Jepun mempunyai sedikit kawalan ke atas penyebaran virus sekarang. Ini mungkin menjadikan JPY lemah berbanding USD. Sebab ini kami percaya pasangan ini mungkin naik dan melepasi 111.0 hari ini.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analisis 12.06.2019

Ketidakpastian Brexit mungkin tidak menghentikan Bank of England (BoE) daripada menaikkan kadar faedah, manakala Fed mengatakan ia tidak mengesahkan langkah seterusnya dalam iklim...
Analysis

Berita, Trend, Analitik 15.10.2019

Hujung minggu lalu, presiden AS mengumumkan kemajuan besar dalam rundingan dengan China. Berita itu menyokong sebut harga minyak. Pemimpin Amerika itu juga mengatakan bahawa China...