Analysis

Berita, Trend & Analitis 11.05.2021

Ethereum ke Bulan

Hari ini tumpuan ialah pada serangan siber minyak, pelonggaran perintah berkurung UK dan Ethereum melonjak tinggi.

 

Kalendar

9:00 UTC

Sentimen Ekonomi ZEW Jerman untuk bulan Mac akan diterbitkan. Ramalan: 72.0. Jika keputusan lebih tinggi daripada yang dijangka, EUR mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, EUR/NZD, EUR/CHF


14:00 UTC

Kekosongan Kerja JOLT A.S. untuk bulan Mac akan diterbitkan. Ramalan: 7.500 juta. Jika keputusan lebih rendah daripada yang dijangka USD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: USD/NOK, USD/MXN, GBP/USD

 

Berita

Harga minyak dan gas meningkat selepas serangan pada Talian Paip Colonial minggu lalu, dilaporkan sebagai salah satu ancaman tebusan digital yang paling teruk. Mempengaruhi Brent


Mata wang Ethereum mencecah $4,000 buat pertama kali pada hari Isnin, mencapai ketinggian baharu untuk tiga hari berturut-turut pada harapan untuk mencari kegunaan baharu, walaupun beberapa juruanalisis mengatakan ia terlebih dinilaikan pada tahap ini. Mempengaruhi Ethereum


Perdana Menteri British, Boris Johnson memulakan fasa seterusnya pengurangan perintah berkurung di England, memberikan kelulusan untuk “pelukan berwaspada” dan menghidangkan minuman di pub selepas sekatan selama beberapa bulan. Mempengaruhi GBP


Jerman bersedia untuk menyediakan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson kepada semua dewasa, kata Menteri Kesihatan Jens Spahn pada hari Isnin. Mempengaruhi Johnson & Johnson


Tembaga mencapai puncak ketinggian baharu pada hari Isnin kerana pelabur risau untuk terlepas lebih banyak pendapatan apabila beberapa pengguna industri mengalami kerugian selepas menunggu harga yang lebih rendah. Mempengaruhi Tembaga

 

Analisis Teknikal

Ethereum

Mata wang kedua paling popular mencecah $4,100 pada hari Isnin dengan momentum yang disebabkan oleh harapan penggunaan baharu di masa depan daripada platform blockchain. Apabila Elon Musk berkata bahawa Dogecoin adalah ‘hustle’, nilainya jatuh 30% tetapi disokong oleh pemain utama dalam pasaran.

Harga mengikut trend naik yang jelas tanpa tanda untuk perlahan.

DAX

Indeks Jerman menukar tahap rintangan kira-kira 15316 kepada tahap sokongan.

NASDAQ

Indeks A.S. menukar tahap sokongan kepada tahap rintangan, menandakan trend turun yang berterusan.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 16.04.2020

Saham Tesla meningkat dua kali ganda sejak awal bulan Mac, walaupun terdapat krisis ekonomi yang semakin meningkat. Apakah rahsia Elon Musk?
Analysis

Berita Mingguan 25.11-29.11.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...