Analysis

Berita, Trend & Analitis 09.04.2021

Industri sedang bergerak

Hari ini tumpuan ialah pada kadar cukai perniagaan A.S., pengeluaran Apple semakin perlahan dan lonjakan industri Jerman.

 

Kalendar

12:30 UTC

MoM PPI (Producer Price Index) (Indeks Harga Pengeluar) A.S. untuk bulan Mac akan diterbitkan. Ramalan: 0.5%. Jika data lebih rendah daripada ramalan, USD mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/JPY, USD/NOK, USD/SGD


12:30 UTC

Jumlah Perubahan Pekerjaan Kanada untuk bulan Mac akan diumumkan. Ramalan: 100.0K. Jika keputusan lebih rendah daripada ramalan, CAD mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: CAD/JPY, USD/CAD, CAD/NZD

 

Berita

Biden menjelaskan pada hari Rabu bahawa beliau bersedia untuk berkompromi selepas seorang wartawan bertanya jika beliau bersedia untuk bersetuju dengan kadar cukai di bawah 28%. Mempengaruhi USD


Pesanan industri Jerman meningkat untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Februari yang didorong oleh permintaan domestik yang kuat, data yang ditunjukkan pada hari Khamis adalah tanda bahawa pengilangan bersedia untuk mengatasi penurunan yang disebabkan pandemik dalam output keseluruhan suku tahun pertama. Mempengaruhi EUR


Perbelanjaan isi rumah British dengan kad kredit dan debit menaik tinggi ke 88%, berbanding purata sebelum pandemik pada minggu hingga 1 April, paling tinggi sejak minggu sebelum Krismas. Mempengaruhi GBP


Pengeluaran beberapa MacBook dan iPad Apple telah ditangguhkan disebabkan kekurangan komponen global. Mempengaruhi Apple


Tesla Inc mencari lokasi untuk membuka bilik pameran di tiga bandar India dan telah melantik seorang eksekutif untuk memimpin pelobian dan usaha perniagaan menjelang kemasukannya yang dirancang ke negara tersebut. Mempengaruhi Tesla

 

Analisis Teknikal

EUR/CAD

Pemberian vaksin Eropah mengekalkan rentaknya dan pesanan industri telah kembali, ketika Kanada mula meningkatkan usaha imunisasi demi merangsang ekonomi. Namun demikian, sekatan perintah berkurung diarahkan untuk wilayah Kanada yang paling popular Ontario yang mungkin menghalang kenaikan CAD.

Pasangan ini terus meningkat, dan akan menghadapi rintangan kira-kira 1.501.

Brent

Berdagang dalam Pennant, harga mungkin bercabang ke mana-mana arah, tetapi momentum nampaknya negatif.

S&P 500

Selepas mencapai ketinggian baharu, indeks A.S. menunjukkan momentum yang semakin perlahan dan mungkin turun tidak lama lagi.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 01.12.2020

Wakil-wakil negara pengeksport minyak sedang bersedia untuk meningkatkan jumlah pengeluaran minyak mentah disebabkan pengeluar minyak syal Amerika
Analysis

Pujian untuk Tesla

Tesla boleh menerima pinjaman $1.4 bilion untuk mengembangkan kilangnya di Shanghai.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 14.07.2020

Saham pengeluar kereta elektrik Tesla pada minggu lalu tutup pada $ 1,544. Dua minggu yang lalu merupakan minggu yang paling menguntungkan bagi pelabur dalam sejarah syarikat...
Blog rasmi Olymp Trade