Analysis

Berita, Trend & Analitis 03.03.2021

Kekuatan Jerman Dilihat

Hari ini tumpuan adalah pada pengangguran di Sepanyol, Tesla di India dan keazaman Jerman.

 

Kalendar

9:30 UTC

PMI Komposit UK akan disiarkan. Ramalan: 49.8. Jika keputusan lebih tinggi daripada yang dijangka, GBP mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: GBP/USD, GBP/NOK, GBP/CHF


13:15 UTC

Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan ADP A.S. untuk Februari akan dilaporkan. Ramalan: 177K. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/JPY, USD/NZD, USD/CAD


15:30 UTC

Inventori Minyak Mentah A.S. akan diumumkan. Ramalan: -1.850J. Jika jumlah dalam simpanan lebih tinggi daripada yang dijangka harga Minyak mungkin turun.

Aset untuk didagangkan: Brent, Exxon Mobil, Chevron

 

Berita

Bilangan penggangur di Sepanyol meningkat dan mencecah lebih 4 juta untuk pertama kali sejak lima tahun pada bulan Februari. Mempengaruhi EUR


Eksport Jerman ke United Kingdom berkurang sebanyak 30% pada bulan Januari kerana kesan Brexit yang menoleh ekonomi terbesar Eropah daripada UK. Mempengaruhi GBP


India bersedia untuk menawarkan insentif bagi memastikan kos pengeluaran Teslo adalah lebih rendah berbanding China jika pengeluar kereta ini memberi komitmen untuk menghasilkan kenderaan elektriknya di negara selatan Asia ini. Mempengaruhi Tesla


Jerman merancang untuk melanjutkan perintah berkurung coronavirus sehingga 28 Mac sambil mengurangkan beberapa sekatan dari minggu depan. Mempengaruhi DAX


Merck & Co Inc akan membantu menghasilkan vaksin satu suntikan COVID-19 pesaingnya, Johnson & Johnson’s. Mempengaruhi Johnson & Johnson

 

Analisis Teknikal

DAX

Indeks Jerman utama menunjukkan kenaikan harga sejak pengumuman output pengeluaran. Walaupun berkontras dengan pengurangan eksport ke UK, pesanan dari Asia, Eropah dan A.S. nampaknya telah mengimbangi kesan Brexit.

Carta menunjukkan ujian harga tinggi dua minggu sekitar 14090.

S&P 500

Harga adalah dalam trend turun perlahan dan menguji aras rintangan sekitar 3900, dan berkemungkinan turun lagi.

Perak

Logam berharga ini mengalami trend turun, walaupun menguji garisan rintangan menurun yang kuat, ia berkemungkinan terus menurun.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 25.07.2019

Sumber Reuters melaporkan bahawa ahli Lembaga Gabenor Bank Jepun masih tidak sebulat suara tentang isu kadar utama. Jabatan itu akan mengkaji semula penunjuk itu pada satu...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 26.11.2020

Pada tahun 2020, harga emas telah meningkat dengan ketara disebabkan keinginan pelabur untuk melindungi aset mereka. Tetapi apa yang akan berlaku seterusnya?
Blog rasmi Olymp Trade