Analysis

Berita, Trend & Analitis 01.06.2021

Manipulasi Minyak

Hari ini tumpuan ialah pada tekanan USD, inflasi blok Euro dan kenaikan minyak.

 

Kalendar

7:55 UTC

Perubahan Pengangguran Jerman untuk bulan Mei akan disiarkan. Ramalan: -9 ribu. Bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan mungkin memberi tekanan negatif kepada EUR.

Aset untuk didagangkan: EUR/NZD, EUR/USD, EUR/CAD


8:30 UTC

PMI Pengilang British untuk bulan Mei akan diterbitkan. Ramalan: 66.1. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, GBP mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: GBP/CHF, GBP/JPY, GBP/NZD


14:00 UTC

PMI Pengilangan ISM A.S. Ramalan: 60.7. Jika data lebih rendah daripada yang diramal, USD mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/SGD, NZD/USD, USD/MXN

 

Berita

Harga minyak semakin kukuh disokong oleh harapan positif untuk peningkatan permintaan bahan api dalam suku tahun berikutnya, manakala para pelabur menantikan mesyuarat OPEC+ minggu ini untuk melihat bagaimana pihak pengeluar akan bertindak balas. Mempengaruhi Brent


Dolar masih di bawah tekanan sebelum penerbitan data Eropah dan A.S. yang akan mengesahkan sama ada ekonomi global mengalami pemulihan yang stabil. Mempengaruhi USD


Prospek ekonomi global bertambah baik apabila pelancaran vaksin membolehkan perniagaan untuk kembali beroperasi dan sementara Amerika Syarikat menyuntik beberapa trilion dolar ke dalam ekonomi terbesar di dunia, kata OECD (Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) pada hari Isnin, meningkatkan kagi ramalan pertumbuhan globalnya. Mempengaruhi S&P 500


Inflasi di blok Euro mendekati sasaran 2% – berkat perbelanjaan dan kesan asas yang lebih tinggi yang berpunca dari kejatuhan harga minyak 2020. Data yang kuat boleh mencetuskan keterujaan atau kebimbangan bahawa era inflasi baru akan tiba. Mempengaruhi Euro


Pada bulan April, pertumbuhan pekerjaan A.S. adalah lebih perlahan daripada jangkaan, mungkin disebabkan kekurangan pekerja dan bahan mentah yang mungkin melambatkan pemulihan. Mempengaruhi USD

 

Analisis Teknikal

Brent

Ketika OPEC + terus memanipulasi pasaran dan permintaan dijangka akan meningkat seiring dengan permulaan musim panas, vaksinasi meningkat, dan ekonomi dibuka kembali, harga mungkin terus naik. Namun, minyak Iran boleh menyebabkan harga merosot jika perjanjian dapat dicapai.

Harga menguji tahap rintangan kira-kira 70, dan berkemungkinan memantul ke arah menurun daripadanya.

Nasdaq

Harga didagangkan dalam saluran dan mungkin melantun naik kembali ke arah tahap rintangan.

Copper

Momentum berkurangan apabila harga menghampiri tahap rintangan lama, tetapi harga mungkin meningkat selepas menembusi tahap rintangan.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 28.01.2020

Penyebaran Virus Korona di China boleh melembapkan pertumbuhan ekonomi. Harga minyak dalam beberapa hari ini telah menurun sebanyak lebih daripada 9%.