Analysis

Berita, Trend & Analitis 04.03.2021

Birtain mengambil langkah perubahan

Hari ini tumpuan adalah pada pelan pengeluaran OPEC+, pemulihan kerja di A.S. pergerakan kewangan British besar.

 

Kalendar

9:30 UTC

PMI Pembinaan British dilaporkan akan disiarkan. Ramalan: 51.0. Jika keputusan lebih rendah daripada ramalan, GBP mungkin menerima tolakan ke bawah.

Aset untuk didagangkan: GBP/USD, GBP/NOK, GBP/SGD


13:30 UTC

Tuntutan Pengangguran Awal A.S. akan dilaporkan. Ramalan 750K. Jika jumlah tuntutan lebih rendah daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: USD/NZD, EUR/USD, USD/JPY

 

Berita

OPEC dan pengeluar minyak lain mempertimbangkan untuk membawa ke hadapan pemotongan pengeluaran pada bulan April dan bukannya meningkatkan pengeluaran kerana pemulihan permintaan minyak masih lemah disebabkan coronavirus. Mempengaruhi Brent


Ekonomi Brazil mengecil sebanyak 4.1% di tengah-tengah pandemik ini. Affects ETF MSCI Brazil 2x


Menteri kewangan Rishi Sunak mengumumkan pelanjutan program bantuan kecemasan yang mahal untuk menyokong ekonomi Britain semasa perintah berkurung coronavirus yang berlaku sekarang tetapi mengumumkan kenaikan cukai untuk banyak perniagaan semasa beliau mula memberi fokus terhadap memperbaiki kewangan awam. Mempengaruhi GBP


Majikan swasta A.S. menggaji kurang pekerja daripada yang dijangka pada bulan Februari, yang mencadangkan pasaran pekerjaan masih bergelut untuk memulihkan rentak walaupun kesihatan awam negara tersebut kelihatan semakin cerah. Mempengaruhi S&P 500


Britain akan memodenkan peraturan penyenaraian untuk menarik lebih banyak syarikat pertumbuhan tinggi dan apa yang digelar “pengapungan cek kosong”, kata Menteri Kewangan Rishi Sunak. Mempengaruhi FTSE 100

 

Analisis Teknikal

FTSE 100

London semakin pudar dari sorotan perdagangan sejak bercerai dengan EU. Bagi mengelakkan ini, menteri kewangan Rishi Sunak menugumkan rancangan besarnya untuk membetulkan eknomoi, termasuk mengubah peraturan penyenaraian untuk menarik minat syarikat baharu.

Perdagangan indeks bercorak Tirus dengan nilai tinggi yang lebih rendah dan nilai rendah yang lebih tinggi, dana akan terpisah daripada saluran ini tidak lama lagi.

S&P 500

Carta menunjukkan corak Three Outside Down yang menandakan trend turun tetapi, ia berkemungkinan tidak melepasi aras sokongan iaitu sekitar 3810.

CHF/JPY

Pasangan ini berkemungkinan menguji aras sokongan sekitar 116.1.

Related posts
Blog rasmi Olymp Trade