Analysis

Berita, Trend & Analitis 03.12.2020

Great Britain mendahului semua orang

Hari ini, tumpuan adalah pada janji Biden untuk tidak memusnahkah perjanjian perdagangan dengan China, pengangguran yang menurun di EU, serta kelulusan vaksin COVID-19 di UK.

 

Kalendar

13:30 UTC

Laporan tentang bilangan permohonan awal untuk manfaat pengangguran di Amerika Syarikat akan diterbitkan. Ramalan: 775 ribu. Sekiranya data sebenar ternyata lebih tinggi, USD akan menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, USD/CAD


15:00 UTC

Indeks Pengurus Pembelian Bukan Perkilangan AS ISM akan diterbitkan. Keputusan sebanyak 56 mata dijangkakan. Sekiranya data sebenar ternyata lebih tinggi, USD mungkin meningkat.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, USD/CAD

 

Berita

Boeing telah mengadakan ujian dron yang berjaya di Australia. Mempengaruhi Boeing


Joe Biden telah berjanji untuk tidak membatalkan perjanjian perdagangan dengan China secara tiba-tiba. Mempengaruhi S&P 500


ADP telah mengeluarkan laporan yang lemah mengenai penciptaan pekerjaan AS. Mempengaruhi USD


Kadar pengangguran di EU telah jatuh kepada 8.4%. Mempengaruhi EUR


UK telah meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 daripada Pfizer dan BioNTech. Mempengaruhi GBP

 

Analisis Teknikal

GBP/USD

UK menjadi negara pertama di dunia untuk meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 daripada Pfizer dan BioNTech. Tidak diragukan bahawa ini merupakan faktor yang positif, tetapi GBP tidak dapat memecahkan ketidaktentuan dalam pelabur yang sedang menantikan keputusan perbincangan perjanjian perdagangan antara EU dengan United Kingdom. Terdapat lagi percanggahan yang kuat, yang menandakan satu perkara — negara-negara tersebut tidak akan mempunyai masa untuk bersetuju sebelum hujung tahun ini.

Analisis teknikal mengisyaratkan kemungkinan penurunan dalam kadar GBP/USD. Batang lilin mingguan semasa sedang membentuk corak Doji kedua yang berturut-turut.

AUD/JPY

Laporan KDNK terkini Australia telah menunjukkan bahawa ekonomi negara tersebut terus pulih. Ini merupakan faktor kuat yang mampu mendorong bul untuk bertindak. Tambahan pula, julat yang menyempit menandakan tempoh turun naik yang semakin hampir.

NZD/USD

Pasangan mata wang telah berada di sempadan sempit saluran ke atas terlalu lama. Kami mencadangkan untuk bersedia dengan pecahan sempadan bawah.

NZD/USD pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 3 Disember telah menjadi hari perdagangan sebanyak 13 kali.
  • Pada 38% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri dagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 0.72%.
  • Trend menurun terhad pada 1.54%.
Related posts