Psikologi

5 Buku Psikologi Perdagangan Yang Mesti Baca

5 Buku Terbaik untuk Membantu Anda Menjadi Pedagang Profesional Yang Tabah


Menghasilkan keuntungan di Olymp Trade atau mana-mana platform perdagangan adalah bukan sahaja tentang pencarian strategi yang. Ia juga bergantung pada psikologi dan disiplin diri. Pedagang yang bercita-cita harus sedar tentang kelemahan tersendiri dan memastikan keseimbangan.
Untuk artikel ini, kami telah memilih 5 buku yang akan membantu sesiapa yang berminat dalam online trading untuk membangunkan sifat yang penting dan memperbetulkan kesalahan yang berbahaya. Buku-buku ini pasti berguna tanpa mengira strategi, toleransi risiko dan matlamat anda.
Baik, mari kita mula.

 

#1 The Disciplined Trader oleh Mark Douglas

Buku ini adalah kegemaran jelas kami. Judul penuhnya ialah The Disciplined Trader: Developing Winning Attitudes, dan kami mengesahkan bahawa isi kandungannya memenuhi matlamat yang dinyatakan.
Pengarang buku ini, Marc Douglas, adalah antara pelopor utama dalam bidang psikologi perdagangan. The Disciplined Trader telah menjadi penjual terlaris dan klasik dalam industri. Buku ini dilengkapi berbagai petua berguna tentang cara membangunkan pemikiran yang akan membantu anda menghasilkan keuntungan yang konsisten.
5-must-read-books-on-psychology-of-trading-6

Mark Douglas memberi tumpuan kepada kepentingan tabiat emosi sihat untuk kejayaan pedagang. Pada penghujung hari, strategi yang baik adalah tidak berguna jika anda tidak dapat mengawal ketamakan dan ketakutan anda. The Disciplined Trader sangat mudah dan menarik untuk dibaca, berbeza daripada buku pendidikan yang tipikal tentang perdagangan yang sering kali membosankan. Douglas adalah jurulatih yang luar biasa dan pencerita yang berbakat.
Kami menyarankan agar anda bermula dengan buku ini jika anda rasa sesuatu yang tidak kena, tetapi tidak dapat mengenal pasti puncanya. The Disciplined Trader mungkin memberi sedikit pencerahan tentang penyebab perselisihan dan bagaimana untuk menghapuskannya.

 

#2 The Hour Between Dog and Wolf oleh John Coates

Tajuk penuh kali ini lebih panjang, The Hour Between Dog and Wolf: How Risk-Taking Transforms Us, Body, and Mind. Apa yang dimaksudkan oleh pengarang tentang “the hour between dog and wolf” ialah transformasi psikologi pedagang di bawah tekanan positif atau negatif. John Coates menerokai beberapa situasi di mana seseorang menjadi terlebih yakin dan mengambil risiko yang terlalu besar kerana mereka mula mendapat keuntungan berulang kali. Sebaliknya, keadaan yang sukar pula menjadikan mereka musykil, tidak dapat membuat keputusan dan menghindari risiko.

2021-08-06-Books-2

Coates membantu para pembaca memahami hubungan erat antara kejayaan dalam perdagangan dan cara badan dan minda kami bertingkah laku. Perasaan ini, sebaliknya dapat mengaburi pertimbangan pedagang yang tidak berpengalaman dan membawa kepada keputusan salah yang menyebabkan kerugian.Mujurnya, muslihat saintifik yang dikongsi oleh Coates boleh membantu menguatkan tubuh dan minda daripada tekanan yang seiring dengan perdagangan aktif.

 

#3 Trading in the Zone oleh Mark Douglas

Satu lagi penjual terlaris oleh Mark Douglas, penulis The Disciplined Trader. Trading in the Zone, tetapi diterbitkan 10 tahun kemudian. Buku ini harus dibaca sekiranya anda ingin menemui dan mengubah pemikiran yang memudaratkan antara diri dan keuntungan yang konsisten. Buku ini adalah peluang anda untuk mengatasi tabiat mental dan emosi yang merugikan wang anda.

5-must-read-books-on-psychology-of-trading-8

Douglas mengarang Trading in the Zone beberapa tahun selepas menganalisa pemikiran, emosi dan tingkah laku sendiri dan pedagang lain yang berjaya dan gagal. Sebagai seorang jurulatih perdagangan yang popular, Douglas memiliki bahan yang mencukupi untuk menjalankan kajian ini.
Sesetengah pedagang berpendapat bahawa cukup untuk membaca hanya salah satu daripada buku beliau, tetapi kami mencadangkan kedua-duanya sekali. Trading in the Zone mungkin mengulangi perkara tertentu daripada The Disciplined Trader, tetapi kali ini beliau membincangkannya dengan lebih terperinci kali ini.
Kami 100% pasti bahawa gabungan dua karya ini dapat kemahiran perdagangan anda dengan ketara.

 

#4 Mean Markets and Lizard Brains oleh Terry Burnham

Adakah Lizard Brain kami memastikan kelangsungan hidup biologi berkenaan keputusan perdagangan? Ini sukar untuk dikatakan.
Dalam bukunya yang menarik ini, Terry Burnham menerokai faktor yang menjadikan pasaran dan individu bertindak secara tidak rasional. Mengapa orang membeli aset dengan harga yang sangat tinggi? Apakah faktor yang mendorong pasaran menjadi huru-hara tanpa sebab yang kukuh? Apakah naluri purbakala yang menyokong jualan berskala besar, gelembung, panik dan euforia?

5 Must-read Books on Psychology of Trading

Penyiasatan Terry Burnham yang mengujakan memberikan pandangan ke dalam psikologi manusia dan pasaran. Anda akan tahu lebih lanjut tentang bagaimana dan mengapa “ego kebinatangan” dapatmendorong anda melakukan perkara yang aneh.

Buku ini sahaja tidak mungkin mengubah pembaca kepada manusia rasional 100%. Sebaliknya, ia akan menyedarkan anda tentang bagaimana ‘subconcious’ atau minda separa sedar kita mengkhianati kita berkenaan dengan wang. Kesedaran ini akan mencetuskan keraguan anda tentang nasihat kewangan tradisional yang sering kali menyebabkan kesilapan yang dahsyat.

 

#5 The Daily Trading Coach oleh Brett N. Steenbarger

Menurut tajuk kecilnya, buku ini bersedia untuk berkongsi 101 pengajaran untuk menjadi ahli psikologi perdagangan tersendiri yang kedengaran seperti sesuatu yang sangat berguna, dan ini memang benar pun.
Jika anda meminati konsep bimbingan sendiri, buku ini adalah tambahan yang sempurna untuk koleksi anda. The Daily Trading Coach mengandungi segala-gala yang anda harapkan dalam tutorial pembelajaran sendiri. Bermotivasi, mudah dibaca dan menawarkan kandungan yang unik. Dr. Brett, seperti mana digelar oleh pembaca blog pengarang ini, telah mengumpul pelbagai petua dan strategi hebat, menggabungkannya dengan latihan dan kajian kes yang praktikal.

5 Must-read Books on Psychology of Trading

Gabungan pengalaman perdagangan yang kaya dengan latar belakang psikologi, panduan Steenbarger akan membantu anda mengatasi halangan biasa yang dihadapi setiap pedagang pemula. Bagi pelajar yang berdedikasi, ia adalah cara yang baik untuk mendapatkan kebijaksanaan perdagangan pada kos yang agak rendah.

 

Kesimpulan

Membaca mengenai psikologi perdagangan adalah cara terbaik untuk meluangkan masa anda. Pertama, otak anda tetap cergas. Kedua, ini menunjukkan hubungan sebab dan akibat antara tindakan, fikiran, kepercayaan, dan keuntungan anda. Terakhir, ini mendorong anda untuk menjadi lebih baik dalam perdagangan dalam talian.
Sekiranya anda lebih gemar kaedah pembelajaran yang lain, ingat bahawa Olymp Trade menawarkan pelbagai peluang dan sumber pembelajaran. Jangan berhenti belajar!

Related posts
Analisis Fundamental

Carta US Dollar Index

Untuk kebanyakan pedagang, Indeks Dolar Asas ialah aset yang agak kompleks. Tetapi, jika anda mengenali alat ini dengan lebih baik, ia dapat membantu anda untuk memahami...