Manajemen Uang

5 Alat Analisis Olymp Trade Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang

Kuasai alat analisis bermutu tinggi kami untuk memanfaatkan sepenuhnya keadaan pasaran


Taip “day trader” dalam kotak carian Google dan sistem akan menunjukkan ribuan foto iaitu seorang lelaki yang tengah stres memandang beberapa monitor, cuba memahami psikologi pasaran. Berita baik: imej ikonik ini agak ketinggalan zaman.

Gunakan lima alat analisis Olymp Trade ini untuk membantu anda menjimatkan masa daripada membuat kajian dan mengelakkan risiko keadaan Forex yang tidak menentu.


Semua maklumat yang anda perlukan mungkin tersedia kepada anda begitu sahaja. Teruskan membaca untuk ketahui bagaimana anda boleh meningkatkan kemahiran perdagangan anda dengan petua dan pandangan yang berguna.

 

1. Penasihat

Ia adalah pembantu digital terbina dalam yang menjejak tingkah laku carta anda dan menentukan titik masuk optimum untuk dagangan. Alat Penasihat terdapat di bawah bahagian Penunjuk pada skrin dagangan anda.

Penasihat boleh dipadankan dengan mana-mana 3 strategi popular ini:

  • MACD Professional (gabungan 3 penunjuk berbeza);
  • Persilangan Purata Bergerak Ringkas (gabungan 2 SMA dengan jangka masa berbeza)
  • Predatory Look (gabungan 2 pengayun berbeza).

Anda boleh menggunakan alat ini dalam mod Forex atau FTT, dengan mana-mana aset yang terdapat di platform Olymp Trade. Idea di sebaliknya ialah untuk memaklumkan anda tentang peluang besar yang ditawarkan oleh strategi terpilih, tetapi terpulang pada anda jika anda bersedia untuk mengambil peluang ini dan berapa banyak wang untuk dilaburkan.

Sedia untuk mencubanya? Sebelum itu, baca penjelasan terperinci alat ini dalam artikel ini.

 

2. Insights

Ia alat Analisis Asas yang membolehkan anda menerima ulasan ringkas terkini tentang aset. Untuk melihat Insights, buka bahagian Bantuan pada skrin perdagangan anda. Anda boleh menyesuaikan suapan anda dengan memilih aset di Keutamaan.

Suapan Insights merangkumi berita pasaran besar, harga semasa aset dan ramalan. Tanpa memproses terlalu banyak maklumat dan cuba mengasingkan info yang penting dan bukan, tugaskan ini kepada pasukan pakar di sebalik alat Insights kami. Sekiranya terdapat situasi yang mungkin mencetuskan perubahan harga, alat ini memaklumkan anda tentang peluang ini. Untuk seorang yang sibuk, ini membawa perbezaan yang besar.

Contohnya, sekiranya laporan pendapatan ABC yang bakal dikeluarkan berjanji untuk berprestasi baik, alat Insights mungkin memaklumkan anda tentang kemungkinan lonjakan harga. Begitu juga, jika CEO ABC terlibat dalam pertikaian undang-undang yang boleh memberi kesan negatif pada pendapatan syarikat, anda tahu kini masanya untuk membuka dagangan jangka pendek.

Dengan Insights, anda sentiasa mempunyai kelebihan pengetahuan awal. Untuk ketahui lebih lanjut bagaimana alat kami berfungsi untuk manfaat anda, lihat artikel terperinci ini.

 

3. Nasihat Automatik dalam Huraian Aset

Untuk peminat perdagangan siang, data masa nyata adalah penting. Di sini alat Nasihat Automatik memainkan peranan. Hanya klik pada ikon info dalam senarai aset untuk mengakses data penting dan tetapan asas.

Di sini, anda boleh beralih antara mod Forex/FTT, lihat sejarah harga untuk aset terpilih, dan ikuti pergerakan masa nyata harga ini. Anda juga boleh memaparkan carta mini dengan jangka masa 1D, 1H, 1W, atau 1M. Ia amat berguna apabila anda perlu zum masuk atau zum keluar corak pada carta utama.

Pergi ke platform untuk menggunakan alat berguna ini pada aset kegemaran anda.

 

4. Berita, Analitis, Panduan

Perlukan gambaran yang lebih komprehensif tentang keadaan pasaran? Mulakan hari perdagangan anda dengan membaca bahagian Analisis blog kami untuk berita harian dan mingguan, gambaran keseluruhan pasaran, trend terkini dan ramalan. Kami juga mencadangkan supaya anda mengunjungi bahagian Pendidikan. Ia mengandungi pelbagai artikel berguna tentang jenis aset, analisis Teknikal & Asas, dan banyak lagi.

Jika anda bersedia untuk menerokai lebih dalam lagi, kami ingin memperkenalkan Pengesyoran Analitis & Perdagangan untuk klien Expert kami. Seperti yang ternyata dalam tajuknya, anda memerlukan Status Expert untuk mengakses bahagian blog ini, tetapi ia sangat berbaloi.

Kotak beraneka ini mengandungi Analisis Pasaran Harian dengan ramalan berasaskan Analisis Teknikal, garis panduan tentang strategi untuk Pakar-sahaja dan jadual webinar VIP oleh penganalisa terkemuka Olymp Trade. Sekiranya anda terlepas satu sesi atau ingin mengkaji semula, bahagian Expert menyimpan pautan ke webinar yang telah berlalu.

 

5. Idea Perdagangan

Mari kita lihat bagaimana analisis pasaran Olymp Trade boleh membantu anda menghasilkan keuntungan walaupun anda kurang mahir dalam perdagangan Forex. Contoh terbaik adalah Tesla, berita terbesar dalam pergerakan harga saham.

“Tesla telah hilang lebih $250 bilion dalam had pasaran sejak beberapa minggu yang lalu. Akibat itu, saham Tesla menjunam dari hampir $900 ke $562 baru-baru ini. Ini mungkin masa yang baik untuk mendapat nilai kerana syarikat ini masih berjaya, dan saham mereka kemungkinan akan melantun kembali.”

Itu adalah Idea Perdagangan untuk 9 Mac 2021 yang disiarkan di saluran Telegram kami. Sekarang, kita gunakan carta terkini untuk ulasan masa depan pada masa lalu.

Titik rendah yang digariskan pada carta ialah harga akhir pada 8hb Mac, Cadangan kami adalah untuk Beli pada 9hb Mac sebelum pasaran dibuka. Seperti yang anda lihat, terdapat lompatan besar dalam masa hanya satu hari. Mereka yang mengambil nasihat pakar kami mendapat aliran wang yang bagus.

 

Kesimpulan

Kami berharap, kami telah menyerlahkan beberapa instrumen yang boleh membawa urusan perdagangan anda ke tahap seterusnya.

Jangan lupa untuk aktifkan alatan ini kali seterusnya anda mengunjungi platform kami. Seperti biasa, jika anda mempunyai sebarang soalan tambahan atau maklum balas, sila hubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami.

Related posts
Manajemen Uang

Mula Melabur dalam Kripto

Jika anda berminat dengan mata wang digital yang inovatif ini tetapi tidak pasti cara atau sebab untuk anda melabur, panduan ini akan memberi anda maklumat terkini tentang mata...
Blog rasmi Olymp Trade